Thursday, April 14, 2011

UBI KAYU REBUS CICAH SAMBAL

First time in my life, aku makan ubi kayu rebus cicah dengan sambal ikan bilis. Tima kacih lerr kepada teman yang bawa hidangan ni ke opis. Selalunya aku selalu cicah dengan kelapa yang digaul dengan gula. Hmm...lazatnye. Dah lama tak makan ubi kayu ni...hingga menjilat jari...yummy!


BURGER

Hari ini aku nak bercerita tentang burger. Burger dan aku ... Pertama kali aku makan burger ... aku tak ingat masa tuh umur aku berapa. Tapi memori lucu dan kejakunan aku melihat burger kali pertama masih terpahat dalam ingatan aku. Masa tu aku sekolah rendah. Ada satu malam tuh, arwah bapak aku membeli sesuatu untuk kami sekeluarga. Kalau ikut sejarahnya selalu dia beli mee goreng, roti canai...al maklumlah...dia tau anak-anak dia ni suka makan. Buka bungkusan .. aku dan adik aku tertanya-tanya ..apakah gerangannya ini? Ye la dulu bukan macam sekarang..rasa pelik...ada daging..ada sayur, bawang, sos cili ...hmmm sebab tak pernah jumpa ..kita orang makan setakat merasa je la... tak habis. Mak aku cakap dengan bapak aku..hmm lain kali tak yah beli la..bukannya makan budak-budak ni. Sejak itu, bapak aku tidak lagi membeli burger.

Hari berganti hari tahun berganti tahun, kami membesar dan balik sekolah dah pandai naik bas sendiri...keluar dengan kekawan, baru ler kami berkenalan dengan burger. Masa sekolah menengah, ada seorang pakcik dan makcik ni ..menjual burger di pekan sehari (ala-ala pasar malam tapi pasar ni beroperasi pagi) setiap Ahad. Fuh...menu burger dia macam-macam...burger goreng, double special (daging dua beb! letak telur lagi...), burger special, burger ada cheese ..tapi favourite aku  ...double special ayam. Mak ai...terasa nikmatnya. Dengan mayo...dan sos cili memang best.....sampai aku masuk Universiti..tiap kali balik kampung memang tak miss...sehinggalah satu hari ...agak lama juga gerai pakcik dan makcik tuh tidak kelihatan....lepas tu hanya makcik dan anaknya...dan sekarang anak-anaknya pulak...Al-fatihah..

Tapi sekarang ni...aku tak kemaruk burger lagi...tapi once in a blue moon ..terasa nak makan burger... aku pergi yang berdekatan dengan rumah aku...tapi memang susah ler nak cari yang setanding dengan pakcik dan makcik tuh ...hmm rindu lak dengan burger dia orang 


Tuesday, April 12, 2011

WAH..MAHALNYA

Pagi ini masa kawan aku masuk opis sambil membawa ubi kayu rebus dan sambal bilis dok sibuk bercerita pasal ikan patin mahal...sampai harga mencecah RM13,000. Fuh...aku pun terus menggoggle mencari cerita yang tersangat mengejutkan...terkezut...mak aii...dahsyat giler...kalau hari-hari masyukkkkk...tokey kedai. Pakai Ferrari pun buleh. Setakat yang biasa awak dengar adaler sekitar RM25 seketul...dulu ada gak sampai bergadai barang berharga. Nih RM13,000 ...ngalah katering kenduri kahwin. Aku pun baru jer beli patin tak sampai RM20 ..saiz ikan sederhana...dua ekor lak tuh. Patin sangkar pun sangkar la...tapi sedap. Agaknya sure lazat giler kalau patin sungai...tapi macam tak berbaloi lak...

Cerita pasal patin mahal ni teringat satu kes nasi dagang yang mahal yang sibuk diperkatakan suatu masa dulu...huh...

Sunday, April 10, 2011

MARI MEMASAK GULAI IKAN PATIN MASAK TEMPOYAK

Akhirnya, hari ini aku mempunyai masa nak memasak gulai masak tempoyak ikan patin. Ikannya dah seminggu dalam peti ais. Kesian kawan aku, mak buyung. Nasib baik dia tak bersalin lagi. 

Bahan-bahannya:
2 ekor ikan patin yang telah disiang dan dikerat-kerat... ikan ini memang khas didatangkan dari Temerloh
5 ulas cili padi .. takut mak buyung tak tahan lak pedas
3 sudu besar tempoyak ...bekalan tempoyak dah nak abis...mak..tolong bawa tempoyak yerrr bila datang nanti
Kunyit ... nak pakai segar ok...nak pakai yang jadi serbuk pun boleh.
Garam kasar ..ikut kesesuaian 
Daun kesum dan asam keping
Cara:
Basuh ikan dan bilas dengan air dan asam keping. Kisarkan atau blend cili api, kunyit, garam dan tempoyak supaya teksturnya nampak sebati gitu. Pastu masukkan bahan-bahan yang dikisar ke dalam periuk dan tambah air. Masukkan ikan dan tambah air hingga ikan agak-agak tenggelam. Jangan terlalu banyak air nanti tak best. Ada orang masakkan kuahnya baru letak ikan. Tapi aku tak suka sebab masak sekali baru le bercampur rasa ikannya. Masukkan asam keping ..sikit jer tau..nanti masam gilerr. Biarlah hingga mendidih dan masukkan daun kesum. Macam dalam rancangan Masterchef....taste your cooking ...rasalah...dan tambah la garam ke apa-apa ke...sesuai dengan selera anda. Senang jerr kan...

Selalunya aku makan lauk ni dengan nasi. Tapi hari ini malas lak nak masak nasi. Aku pun potong terung dan lumur dengan garam dan lada hitam. Goreng dalam minyak jagung yang sikit. Sedap lak...lemak-lemak gitu.

Saturday, April 9, 2011

SALAM MALAM SABTU

Sejak semalam lagi aku dok menonton video motivasi dan inspirasi tentang berfikiran positif. Ye la..sejak dua menjak ni banyak betul pertuduhan yang aku rasa tak patut betul telah dilemparkan ke arah kami. Dammm...ni konflik dalaman ... tak tahu mana yang betul dan apa silapnya. Malas nak fikir. Tuh yang mencari video yang positif jek...so aku kena berfikir tentang sesuatu yang positif tentang insiden tersebut. Mungkin satu wake up call untuk kami semua..

Lepas tu lak fikiran aku melayang...oppss teringat boyfren lama... well nak buat macam mana dah tak de jodoh..dan mungkin mereka bukan pasangan terbaik untukku. Rasanya memang betul...mereka semua (amboi ramainye...he he ..aku tak curang ek...lepas putus..berkenalan dengan yang lain) dah berkeluarga pun. Dah daripada yang aku tengok ..memang aku tak sesuai ler untuk mereka. Aku bukan calon terbaik dari ladang untuk mereka.

Tapi tak mengapa. Tidak salah berkahwin lewat...jika anda telah mendapat kerja yang baik. Aku rasa satu hari nanti I will meet my Prince Charming...wait and see...fuhh..touching lak aku malam ni :)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...