Sunday, March 9, 2014

DOA UNTUK MH370


Bila terdengar berita kehilangan MH370, CikHan rasa tersebak. Tahun lepas, CikHan kali pertama menaiki kapal terbang ke Seoul. MH60. CikHan cuba merasa perasaan jika CikHan salah seorang daripada penumpang MH370. Tak dapat bayangkan. Dan sejak kehilangan MH370 ni, pelbagai andaian malah ada yang buat lawak bodoh. Ada yang mengaitkan sebagai bala..ada yang kaitkan dengan mainan politik. Apa la diaorang ni... sepatutnya doakan untuk krew dan penumpang MH370..supaya mereka selamat. Anggap ini adalah ujian daripada Allah s.w.t untuk kita. Pray for MH370..

Monday, March 3, 2014

MY FAVOURITE - DAGING GORENG SAWI

Yummy
Salam semua..ho ho sejak dua menjak ni rajin lak CikHan memasak. Mungkin dah boring makan masakan kedai. So, semalam sempatlah memasak my favourite.. Daging Goreng Sawi. Perghh..makan dengan nasi..terangkat. Resepinya..senang ajer...

Maaf yer..kuantiti nih semuanya main agak2 jer...antara bahan-bahan digunakan:

  • 300g Daging lembu (Kalau boleh beli daging tempatan sebab manisnya itu memberi keenakan)
  • 1-2 ulas bawang putih (erkk ulas rasanya...ulas yang kecil-kecil tuh)
  • 3 ulas bawang merah
  • 1 inci halia
  • Seikat sawi (ataupun Bok Choy ..sawi pendek)
  • Garam secukup rasa
  • Air secukupnya (ikut lah..kalau nak banyak kuah..banyaklah air yang diperlukan)

Cara-cara:
  • Potong daging, basuh dan toskan.
  • Kupas bawang putih, bawang merah dan halia. Tumbuk hingga lumat atau pun cincang pun boleh.
  • Potong sawi.
  • Panaskan minyak dalam kuali...cukup untuk menumis.
  • Tumis bawang putih, bawang merah dan halia sehingga naik bau.
  • Masukkan daging dan gorengkan sekejap.
  • Tambahkan air secukupnya. Bergantung kepada keperluan masing-masing.
  • Biarkan sehingga mendidih dan daging telah lembut.
  • Masukkan sawi dan garam secukup rasa.
  • Kacau dan jangan lama sangat. Kalau CikHan suka sawi masih ranggup lagi.
Haaa.. mudahkan. Kalau nak pedas..bolehlah letak cili padi yang dihiris. Makan dengan nasi. Terangkat. Oklah untuk hari ini....take care.

Sunday, February 23, 2014

MAKARONI GORENG

Tetiba hari ni CikHan teringin nak makan makanan masakan sendiri. Ye la selalu sangat makan masakan kedai. Dah boring lak. Ingatkan nak makan nasi berlaukkan daging kentang bersambal...tapi dok pi hypermarket tadi tak dapat lak cari daging tempatan. Daging import ni CikHan tak berapa gemar..tak manis macam daging tempatan. Minta maaf la..sebab dari kecil dibesarkan dengan daging tempatan.

So bila balik rumah..tengok je la kat dapur yang ada..sos bolognaise ada lagi..macaroni ada...daging cincang ada....dan lobak merah pun ada...tetiba dapat idea wat makaroni goreng. Ok la..nih sambung tengok tv Running Man kat TV2...astro decoder wat hal...ok..bye

Thursday, February 20, 2014

KOLEKSI GAMBAR DI FOUR SEASONS GARDEN EVERLAND DAN ...

Ok..malam ni kita sambung semula memaparkan koleksi gambar yang CikHan ambil semasa berjalan-jalan di Everland... Everland ni taman tema...and memang luas...ada zoo..ada permainan...dan macam-macam lagi. Tapi CikHan paling banyak menghabis masa di 4 Seasons Garden..hmm tapi selain tu ada gambar di Pulau Nami gak dan juga beberapa tempat lain...ok la enjoy

Nih kat tempat we all dok pakai hanbok

Yang ni kat ceramic centre...tengah tunggu bas

Ceramic centre

Pulau Nami

Pulau Nami gak

Pulau Nami

4 Seasons Garden Everland

Everland

Rose Garden di Everland

Cantik

Yellow...

Red rose

Wednesday, February 19, 2014

TRIP TO KOREA - TAHUN 2013 : AKU DI NAMI ISLAND

Salam semua...hmm patutnya dah lama CikHan post gambar-gambar ini tapi tak berkesempatan. Kalau berkesempatan nak berblog pun...malas nak ambil hard disk untuk download gambar. So hari ni tetiba semangat nak post gambar di Nami Island... haa,,macam biasa ler..gambar pemandangan jer ..sebab CikHan di belakang kamera...yes...I am Nikon... Hope enjoy..and nih masa CikHan pergi pun musim bunga dah nak berakhir...

Pintu masuk nak naik bot ke Pulau Nami

Snap...sambil tunggu bot

Waktu kami pergi memang cuti public kat Seoul ..so ramai ler orang

Nice view

Cer tengok...bendera Malaysia

Nih bukan bot kami tunggu

Ok dah sampai...

Colours of trees

Merah dalam hijau

Bayangkan penuh salji...memang Winter Sonata

Ada bendera Malaysia masa nak naik bot waktu balik

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...