Wednesday, October 12, 2016

KUEH TEOW GORENG LEMAK MANIS

Post kali ini kita tukar sikit. Cerita pasal resepi. Baru je masak tadi. Untuk dinner malam ini. Main campak-campak je..dan ringkas and simple gitu.

Bahan-bahan
Kueh teow
Bawang merah dan bawang putih (dikisar)
Cili kering yang dikisar
Sedikit halia (cincang halus)
Udang kering dan ikan bilis
Tomato
Sayur sawi
Lobak merah
Cili sos
Sos tiram
Telur dan sedikit air
Kicap lemak manis

Kaedahnya:
1. Panaskan minyak. Tumis bawang putih, bawang merah dan halia
2. Masukkan cili kering yang dikisar apabila dah naik bau
3. Tumis sehingga sebati.
4. Masukkan udang kering dan ikan bilis. Biarkan seketika
5. Asingkan ketepi kuali dan pecahkan telur. Kacau.
6. Gaul kesemua bahan di dalam kuali dan masukkan sedikit air.
7. Masukkan sos tiram dan sos cili.
8. Tambahkan sayur sawi, lobak dan tomato.
9. Kacau hingga bergaul mesra.
10. Tambahkan kueh teow dan kicap lemak manis.
11. Gaul hingga kueh teow masak dan kering. Rasa la sama ada cukup rasanya. Saya tak guna garam sebab sos tiram dah bagi rasa masin.

Lagi satu, kuantiti bahan tu agak2 la untuk beberapa orang makan. Saya tak sukat sangat. Ok selamat mencuba.

WELCOME TO IKN



Aku tinggal di KPJ sehingga hari Ahad. Enam hari di KPJ. Hari Selasa berikutnya baru appointment dengan IKN. Aku masih trauma nak balik sebab takut kejadian tumpah darah berlaku lagi. Walaupun dah 4 beg darah masuk, Hb aku masih rendah dan bawah 10. Aku keluar wad hari Isnin. Aku hanya berdoa agar aku diberi kekuatan untuk meneruskan aktiviti harian.

31 Mei 2016. Hari pertama aku mendaftar di IKN. Masa tu agak kabur...mana nak pergi...macam mana nak daftar. Ikut appointment doktor Raz bagi jam 9.00 pagi. Sampai IKN sebelum jam 9.00 pagi tetapi parking dah hampir penuh. Aku pun berjalan cari pintu masuk. Masuk ke bahagian Radioterapi dan Onkologi bertanya apa yang perlu dibuat sambil tunjuk surat doktor. Aku disuruh naik ke tingkat 3 ..ke klinik Multidiscipline. Sampai sana, nurse minta aku daftar di Daftar Pesakit Luar. Fuh masa tu aku rasa macam susah sangat. Dah daftar dengan bayaran RM5, aku diberi nombor pendaftaran 0089. Aku kembali ke klinik Multidiscipline dan memberikan buku JINGGA. Duduk sambil menunggu giliran untuk dipanggil masuk. Kebetulan di sebelah aku, ada seorang aunty jadi rakan berborak. Masalahnya sama seperti aku. Pendarahan yg banyak. Ada tumor dan dia dah melakukan pembedahan buang sistem peranakan di sebuah hospital di Ipoh. Dia banyak bagi galakan dan motivasi supaya aku ambil langkah yang sama dan tiada apa yang perlu dirisaukan. Aku berasa lega.

Kemudian nama aku dipanggil untuk proses pengambilan darah, tekanan darah dan timbang berat. Huh...drastik betul berat aku turun dari 80kg kepada 65 kg dalam masa 6 bulan. Selera makan memang tak de. Kemudian aku dipanggil masuk mengadap doktor. Doktor tanya macam2 soalan. Rasa rimas pun ada sebab darah aku masih keluar. Akhirnya doktor panggil aku masuk untuk ambil sampel. Paps smear. Aduh sakitnya. Segan ada. Darah pulak keluar. Doktor cakap jangan bimbang. Pesakit macam aku ni memang berdarah katanya. Aku nak tergelak pun ada. Seluruh badan diperiksa untuk kesan sebarang bengkak di mana2. Kemudian dia ambil sampel dari rahim. Hu hu sakitnya tak tau nak cakap. Lepas selesai, doktor suruh aku masuk wad pada hari Jumaat untuk minor operation pada Isnin. Berdebar -debar pun ada. Tapi aku tawakal dan berserah pada Allah. Risau macam-macam sebab siapa nak jaga Meow bila aku masuk hospital. Tapi itu la..Allah lebih  Maha Mengetahui dan perancangan Allah adalah yang terbaik.

Tuesday, October 11, 2016

DISYAKI KANSER




26 Mei 2016 - Masa di bilik CTScan aku nampak Dr B macam berkerut sesuatu. Dia suruh aku ke bilik Ultrasound Scan..dua kali dia scan termasuk alat yg baru. Masa tu aku hanya dengar ada blood vessel. Kemudian dah selesai..Dr B maklumkan nanti Dr Raz maklumkan. Petang itu Dr Raz masuk melawat macam biasa. Nampak macam ada sesuatu yg kurang menyenangkan untuk disampaikan. Dr Raz maklumkan dia terpaksa batalkan pembedahan aku kerana disyaki ada kanser. Dia sarankan aku ke IKN. Dia akan tulis surat rujukan pihak sana. Masa tu aku tak tau nak rasa macam mana. Sedih? Tak de air mata. Terasa tenang. Aku minta Dr Raz buat sahaja pembedahan itu sebab aku tidak mahu lagi menanggung kehilangan darah. Kali ini masuk ke wad dah 4 beg darah aku masuk. Dr Raz maklumkan dia tidak boleh teruskan pembedahan kerana prosedur pembedahan melibatkan kanser adalah berbeza. I will sent you to a better hand. Itu la kata2nya yang masih tergiang-giang sampai sekarang. Her decision was right. A lot thanks to her.

Aku petang itu terus call my bff, Ina. Sepanjang aku sakit dan menghadapi emergency, dia la yang selalu bantu aku. Aku menangis. Ina menenangkan aku. Malam itu dia datang..siap bawa makanan lagi. Thanks to her husband also...sebab benarkan Ina menolong aku selalu. Ina menasihatkan aku untuk memaklumkan kepada keluarga aku. Sebab selama ini aku memang banyak berahsia kemasukan ke hospital. Tak nak menyusahkan. But I was wrong. Kita perlu bagi beritahu keluarga sebab sokongan mereka adalah penting dalam menghadapi cabaran ini. Terima kasih mak, adik dan adik ipar kerana menjaga aku sewaktu pembedahan dan terima kasih pada Haikal dan Humairah...jadi tukang penceria waktu mak long berehat selepas pembedahan.

Friday, July 15, 2016

JUMPA DOKTOR RAZ SEMULA

25 Mei 2016..Doktor Raz datang melawat. Segan rasanya. Dah asyik miss follow up check up. Doktor Raz tetap layan macam biasa. So daripada keputusan ujian darah, Doktor Raz maklumkan pemindahan darah perlu..dan akhirnya CikHan nekad untuk ikut saranan doktor untuk buang rahim. Doktor Raz kata dia akan buat CTSCAN dan pembedahan dibuat pada 2 hb Jun. Pembuangan rahim ni dah lama Doktor Raz sarankan memandang CikHan asyik masuk Hospital. Tapi biasalah takut dengan operation...akhirnya akur juga. Dah penat pantang makan itu ini...makan ubat herba itu ini...tapi masih berlaku. Pucat..letih memang jadi teman. Susah nak fokus ditambah lagi nak menghadapi karenah orang ... PENAT. 😕

Wednesday, July 13, 2016

MASUK HOSPITAL LAGI

24 Mei 2016...dalam jam 1230 am..CikHan gagahkan diri untuk pandu ke KPJ Kajang. Yes..kena serangan lagi. Darah tetiba keluar bersama-sama ketulan darah. Jantung dan nadi berdenyut laju.

Sampai di KPJ sempat parking kereta. Dulu pernah sekali pergi emergency KPJ...akhirnya Pak Guard yang tolong parking kereta. Gagahkan diri berjalan ke Emergency. Nurse bawakan wheelchair dan terus masuk ke katil. Ambil darah dan hemoglobin CikHan dah jatuh ke 5.4. Doktor kata masuk wad dan esok Doktor Raz akan buat rawatan. Buat masa tu..doktor bekalkan oksigen untuk pastikan tidak pitam dan sebagainya. Pendaftaran masuk pun berlaku di katil kecemasan...😊

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...