Betapa buruknya satu peristiwa yang menimpa kita, kita harus tabah dalam menghadapi qada dan qadarnya. Mungkin itu lah yang terbaik untuk kita pada ketika itu dan sesungguhnya Allah Maha Mengetahui kenapa dan mengapa terjadinya peristiwa itu. Hari esok bermula satu situasi yang baru yang akan aku tempuhi. Berlainan dengan hari-hari semalam yang telah aku tinggalkan. Mungkin ia membawa kebaikannya tersendiri.
Sunday, October 31, 2010
Sunday, October 24, 2010
TERSELIT KETEGASAN DALAM KELEMBUTAN
Seperti biasa, hari sabtu jam 1000pm aku akan menonton Cerekarama. Hari ini kisah SELAMAT DATANG ANAK-ANAK SUAMIKU. Kisah bermula dengan adegan Maya sedang menziarahi kubur arwah suaminya, Johan. Pulang dari kubur, dia dikunjungi oleh orang kepercayaan suaminya lakonan Fizz Fairuz. Maya bersetuju menyerahkan syarikat suaminya kepada Fizz. Dan pada masa yang sama, Maya tertanya-tanya kehadiran seorang wanita lakonan Noor Khiriah dengan dua orang kanak-kanak perempuan, Hana dan Hani. Akhirnya Maya menjemput mereka ke rumah dan akhirnya terbongkar misteri bahawa mereka sebenarnya keluarga kedua Johan. Maya dapat menerima kehadiran mereka dengan baik dan mengajak tiga beranak tinggal bersamanya. Rupa-rupanya Noor adalah kekasih Fizz. Agenda berkahwin dengan Johan adalah rancangan mereka berdua selama 12 tahun dalam usaha mengikis harta kekayaan Johan. Sedikit demi sedikit mereka mengikis duit Maya dan beranggapan Maya seorang yang cantik, lemah-lembut tetapi bodoh. Tapi Maya lakonan Rita Rudaini adalah seorang yang tegas dan bijak telah memaklumkan kepada pegawai penyiasat mengenai kegiatan Fizz dan Noor. Akhir Noor dan Fizz ditangkap ketika mereka merancang untuk melarikan diri ke Brazil. Mereka dikenakan tuduhan memilik dadah. Maya telah dimaklumkan penangkapan tersebut. Dia ke bilik Hana & Hani sambil mengucapkan SELAMAT DATANG ANAK-ANAK SUAMIKU.
Saturday, October 23, 2010
PENYAKIT SUSAH NAK BANGUN PAGI
Dua tiga hari lepas, aku sempat berbual-bual dengan rakan-rakan sekerja mengenai isu datang lambat ke tempat kerja. Kebanyakan isu kedatangan lambat adalah dilakukan oleh orang yang sama. Pelbagai alasan yang diberi dan paling teruk terus mengambil cuti sakit. Ini memang dah melampau. Tapi kalau dilihat balik kenapa selalu datang lambat..dah tentu berpunca daripada bangun lewat. Spesies yang bangun lewat ini memang susah. Bagi nasihat pun masuk kiri keluar kanan. Tapi sampai bila nak macam ni. Anda kenalah membuat pilihan untuk mengubah sikap anda.
Maka, dengan rela hatinya, aku ingin memberi tips-tips macam mana nak bangun awal. Sila ambil pen dan kertas atau anda print aje lah...
- Dapatkan tidur secukupnya. Maknanya anda harus memastikan anda mendapat tidur sekurang-kurangnya 6-7 jam. Mulai saat ini, anda harus menjadualkan diri anda untuk masuk tidur. Misalnya anda hendak bangun seawal 6.00 pagi, bermakna jam 11.00 malam anda perlu berangkat ke bilik tidur anda. Kalau ada kekawan yang ajak anda ke kedai mamak ... say to them...Sorry beb...gua nak tidur.
- Dapatkan rentak. Bukan rentak juara tetapi rentak tidur anda. Dalam tubuh badan kita ini, ada jam yang dikenali sebagai jam biologi yang mengikut rentak seharian kita. Jika kita mempunyai jadual tidur yang tetap, jam biologi akan mengejutkan kita bangun daripada tidur tanpa jam loceng. Segar pulak tuh. Sebab itu, kalau boleh pada hari cuti, kita bangun pada waktu yang sama kita bangun ketika hari bekerja. Lagipun, sebagai umat Islam, kenalah bangun awal untuk solat Subuh kecuali ........(lu pikir sendiri).
- Dapatkan tidur berkualiti. Jika anda tidur lebih lapan jam pun tak guna jika tidur anda tidak berkualiti. Kenalpasti dan kurangkan gangguan yang boleh mengganggu kelenaan tidur anda. Antaranya gangguan nyamuk, gangguan TV (dinasihatkan jangan meletakkan TV anda dalam bilik tidur), jangan mengambil kafien sekurang-kurangnya enam jam sebelum waktu tidur, padamkan lampu dan gunakan dim light jika anda penakut dalam gelap macam saya :P.
- Sebelum tidur, ambil wuduk dan bacalah surah Al-Fatihah, Ayat 3 Qul dan Ayat Kursi.
- Pilih jam loceng yang boleh mengejut anda dari tidur dan letak jauh daripada katil anda. Maknanya anda terpaksa bangun untuk menghentikan bunyi jam loceng.
- Mandi segera selepas bangun...nih sesuai jika anda bangun dalam keadaan lemau dan mamai...pilihlah shower cream yang mempunyai bau-bauan yang menyegarkan. Kalau ada unsur-unsur aromaterapi lagi bagus.
Aku rasa itu je la yang mampu aku kongsikan. Ini apa yang aku praktikkan. Sebab jika kita datang lambat ke tempat kerja adalah sesuatu yang tidak bagus untuk kerjaya kita. Rekod kedatangan yang tidak elok bagi sesetengah syarikat amat dititikberat. Janganlah kita dibuang kerja kerana sebab yang remeh temeh ini. Tidur berkualiti meningkatkan prestasi...
Tuesday, October 19, 2010
BONUS OH BONUS
Bajet 2011 telah pun dibentangkan pada Jumaat lalu. Antara isu yang ditunggu adalah mengenai bonus. Akhirnya bonus tiada dan cuma imbuhan RM500 untuk setiap kakitangan. Alhamdulillah... dan jangan lah kita terus marah apabila tidak dapat bonus. Semua orang nak bonus tetapi kalau perbelanjaan dah melebihi pendapatan..macam mana nak bagi bonus. Renungkan balik...banyak kemudahan menjadi penjawat awam terutama faedah kesihatan termasuk mak bapak sekali boleh menikmati perubatan di hospital kerajaan dengan percuma. Pekerja swasta pula ... memang lah gaji besar sikit tapi jangan lupa ada juga yang masih bergaji kecil. Malah ada juga yang tak dapat bonus.
Bila tak dapat bonus..mula dok risau macam mana nak siapkan sekolah anak, macamana nak itu ini. Sebenarnya tak susah. Setiap tahun kita sendiri tahu ada bulan tertentu yang kita akan berbelanja lebih untuk menyambut hari raya...persiapan sekolah anak dan macam-macam. Apa kata kita simpan sedikit duit gaji kita setiap bulan untuk benda macam-macam ni. Mesti korang bagi alasan gaji kecil la...mana cukup nak simpan. Kaji la balik perbelanjaan seharian anda..potonglah mana-mana perbelanjaan yang tak penting ..cuba teliti baik-baik. Setiap bulan bila terima gaji...terus potong untuk simpanan. Kemudian, baru lah bakinya untuk berbelanja. Kalau ada kad kredit..jangan guna kalau tak terdesak. Nanti duit anda habis dok bayar faedah je tapi baki hutang tak luak-luak. Kalau yang selalu makan kat kedai..hmm belajar la bawa bekal. So macam mana...mungkin tahun 2011 adalah detik permulaan anda untuk mula berjimat...dan INGAT ye..kerja kena ikhlas..InsyaAllah...
Monday, October 18, 2010
BOLEH PANDANG-PANDANG
"Boleh pandang-pandang....Jangan pegang-pegang....Duduk renggang-renggang...Bertambah sayang...Biar malu-malu....Biar segan-segan....Kerna malu itu......Perisai orang beriman" Begitulah antara bait-bait lirik lagu nyanyian Sohaimi Meor Hassan dan Ana Rafali. Memang best. Mula-mula aku dengar lagu ini terus melekat. Muziknya jenis muzik lagu lama tetapi memang sesuai . Kalau diikuti lagu ini sepenuhnya..ada pengajaran dan ada nasihat yang hendak dipersembahkan. Dan, aku rasa lagu ini sesuai untuk kempen memerangi gejala sosial khalwat & zina.
Subscribe to:
Posts (Atom)