Thursday, January 27, 2011

SALAM SATU MALAYSIA

Wah...rasa tersangat la lemah hari ini. Bangun pagi pun tak fresh. Bahu lak bila dipicit terasa pedih. Sah...aku tengah stress. Banyaknya kerja kena buat..wei..what I was thinking? Where your positive thinking? Where? So aku sekarang dalam mood untuk menjadi kembali positif.. dan aku perlu membaca 2-3 ayat motivasi daripada cik kalendar 2010.

  1. Remember always to believe in yourself, your abilities, that challenges are meant to be met confidently, and at the end of it all is a rainbow - Anonymous.
  2. See every difficulty as a challenge, a stepping stone and never be defeated by anything or anyone - Eileen Caddy
  3. Success is not the key to happiness. Happiness is the key to success. If you love what you are doing, you will be succesful - Albert Schweitzer
Hmm mana ek dia orang ni semua leh ada idea nak bagi kata-kata macam ni....ok..rasanya dah ok sikit...wa chau dulu...

Friday, January 21, 2011

ASTRO FIRST VS WAYANG

Hmm sejak menjak dimulakan siaran dah ada suara-suara yang tak puas hati. Katanya nanti filem Melayu tidak dapat sambutan di pawagam. Aku? Sokong 120%. Ala..bak kata motivasi yang aku dapat dari Kalendar 2010 .."If you're doing your best, you won't have any time to worry about failure". Kalau produser, pengarah dan krew-krew filem dah menjalankan kerjanya dengan terbaik...dan menghasilkan filem yang boombastik, berkualiti (hmm kualiti di sini memenuhi citarasa pelanggan)....mesti pawagam penuh punyer. Macam Adnan Sempit...memang aku tengok kat wayang lebih dari sekali. Lagipun, ambil dari sudut postitif ..ini adalah cabaran yang perlu dihadapi dalam zaman yang serba canggih...akan datang pun kita tidak tahu lagi apa teknologi yang tercipta...

Tuesday, January 18, 2011

TIRAMISU I LIKE

TIRAMISU .. aku pernah sekali jer makan kek Tiramisu setakat ini. Selain harganya yang agak boombastik...aku tak boleh nak makan kek banyak-banyak. Ha ha ..tapi selepas ini...mungkin aku akan makan balik kek Tiramisu.

Tiramisu yang aku suka tuh...sebenarnya tajuk citer yang sekarang sedang ditayangkan di TV3 jam 7.00pm. Walaupun jarang nak dapat tengok citer ni secara penuh (ye le dah balik lambat).. aku sempat tengok citer ni sipi-sipi. Tengok sipi-sipi pun best... suka tengok kombinasi lakonan Pierre Andre dan Sharifah Amani. Macam ada chemistry gitew... Zain yang pegang watak Faris pun memang best. Bersahaja lakonan nampak memang sesuai ler dengan watak Faris dia lakonkan... 

Fuhhh..tak sabarnyer nak tengok ending...hopefully sesuatu yang diharapkan ..


Monday, January 10, 2011

TOLONG INGATKAN AKU JUARA

Ha ha..terlopong semua..termasuk aku. Lagu TOLONG INGATKAN AKU ciptaan Ana Raffali dipilih sebagai JUARA LAGU untuk AJL ke 25. Masa pengacara memberi klu ketika memaklumkan juara, aku dah bajet macam Yuna tetapi itu lah rezeki orang. 

Persembahan Ana Raffali pada malam AJL25 memang out. Macam kelam kabut. Aku lebih suka dia menyanyi dengan gitarnyer itu sahaja. Tak perlu sangkar-sangkar. Persembahan terbaik pula jatuh kepada Faizal Tahir. Ok la. Vokal pula jatuh pada Hafiz. Memang suara Hafiz best. Black pun ok gak. 

Apa-apa pun tahniah kepada Ana Raffali. Lepas ini pasti orang ramai akan memperkatakan TOLONG INGATKAN AKU. Atau mungkin ramai yang akan baju kurung...I like. Tak yah le mataku nak tengok benda yang terdedah-dedah...

Sunday, January 9, 2011

AJL 25

Wohh..iklan time...meh aku sambung balik. Persembahan MTUH..macam setiap tahun sama jer..tapi suara Black ..best gitew. Hafiz punyer persembahan...sempoi, ringkas. Suara memang best dan gimiknye kira ok la. Ana Rafali...gadis baju kurung dan gitar. Aku lebih suka dia nyanyi sambil main gitar jerk..tak yah lah ada lakonan-lakonan itu semua kerana ia membuat aku tidak faham.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...