Sunday, February 27, 2011

JULIE AND JULIA

Sebuah filem Hollywood yang diterbitkan pada tahun 2009 arahan Nora Ephron dan baru hari ini aku berpeluang menontonnya. Lakonan Amy Adams sebagai Julie dan Meryl Streep sebagai Julia yang bermula dari zero to hero. Julie amat mengagumi Julia. Dia mencabar dirinya sendiri untuk memasak 524 resepi Julia dalam masa 356 hari. Julia pula dari tidak tahu memasak namun beliau gigih belajar menguasai resepi masakan Perancins. Cerita tentang dua zaman berbeza dan akhirnya masing-masing menemui kepuasan dalam mencapai matlamat mereka. Aku pun berasa puas..dan cerita ini tidak langsung membosankan. Sebab bagi aku cerita ini telah memberi insiprasi dan motivasi bagi aku...You've got to love what you do to really make things happen -Philip Green

LIST TO DO BULAN MAC DAH PENUH

List to do aperr? List to do senarai kerja aku yang kian bertambah. Multiskill or matiskill ha ha..aku pun dah tak pasti. Mana nak kejar dengan urusan QMS ... mana nak kejar buat training...mana nak kejar untuk kerja-kerja kawalan proses dan R&D. Adeh...bahu aku dah terasa tegang dan sakit..dan kepala aku dah pening nak mengejar...aku bukan nak mengadu pasal kerja banyak...he he walau dalam hati aku memang nak mengadu punnn..ala..bukannya apa pun. Cuma nak release tension sikit. Kalau kiter simpan jer... parah nanti. Sape yang susah...aku jugak..

Anyway, aku anggap ini adalah cabaran yang aku perlu tempuhi...dan setiap apa yang berlaku pasti ada hikmahnya..mungkin aku jadi lebih pandai...lebih bijak dalam membuat keputusan. Siapa tahu...

Hari ini aku telah menyusun segala kerja yang aku kena buat...wuihh...sampai akhir bulan ..penuh...hmm kalau ada kerja yang terkejut-kejut..tak tau la... Allah sahaja yang Maha Mengetahui...

Wednesday, February 23, 2011

DAH LAMA TAK BAGI KURSUS

Hari ini, hari pertama dalam tahun 2011 aku mengadakan kursus dalaman untuk kakitangan di tempat aku. Dah lama tak bagi kursus, semuanya sudah berkarat dan perlu diasah semula ingatan diaorang ni. Ada orang anggap kursus ini tak penting tapi dalam kerja dan dalam usaha untuk mendapatkan hasil produktiviti yang optima dan berdayasaing...kursus adalah penting. Setiap orang mempunyai daya penerimaan ilmu tersendiri. Ada yang memang cepat tangkap...ada yang lambat tangkap. Ada yang masih di tengah-tengah highway sedangkan ada yang lain dah sampai destinasi.

Kalau aku nak anjurkan kursus, aku mesti kena sediakan notanya sendiri. Sebab inilah caranya nak bagi aku faham supaya aku dengan memahamkan orang lain. Aku memang ada beberapa siri nota yang terdahulu tetapi aku akan mengeditkannya kembali supaya sesuai dengan keadaan semasa.

Masa memberikan kursus, tumpuan peserta amat diperlukan dan dengan itu, aku lebih suka kursus secara komunikasi dua hala. Dan, aku suka ingat dan panggil nama peserta. Dan suka bertanya faham ke tidak? Laju sangat ke saya bercakap? Dan paling ngeri..setiap kursus aku mesti ada TEST...ni memang ler bebudak tak suka. Sebab markah nanti bos-bos dia orang tengok...TEST ni penting nak tengok sejauh mana pemahaman dia orang..kan...kan....


Tuesday, February 22, 2011

SELAMAT HARI LAHIR KEPADA .....


GAMBAR PATUNG BEAR UNTUK HADIAH HARI JADI

Selamat Hari Lahir Mr. N ...wah..ucapan hari jadi melalui blog. Aku pun tak pasti dia masih berminat nak baca blog aku yang tak seberapa ini. Siapa Mr. N? Ade ler...kisah lama. Mungkin jodoh kami tiada atau boleh sambung balik? Entah lah..apa-apa pun semoga Mr. N sentiasa dimurahkan rezeki dan panjang umur. Dan, terima kasih kerana pernah bertahkta di dalam hati ini.....

Saturday, February 19, 2011

I LOVE KFC FISH DONUT

Semalam..aku dah kengkawan telah pergi ke KFC ketika waktu lunch. Mula macam dah tak tau nak beli apa. Tetapi terpandang Combo Fish Donut... hmm lebih kurang snack plate tetapi roti ditukarkan dengan fish donut. Tapi biasa lerr .. cuma tiga ketul jer.,. makan satu...sedap..makan dua sedap...makan tiga pun sedap. Sampai balik rumah pun teringatkan fish donut...


Petang tadi..lepas balik kerja...aku terus ke pergi KFC sekali lagi....beli fish donut ala-carte...perghh...best...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...