Tuesday, May 7, 2013

HEI NASI GORENG

Salam sayang semua...apa khabar...harap semuanya ok jer. Jangan sedih...barang yang lepas jangan dikenang. Hmm...tu lah CikHan sedih sebab sekarang ni FB page CikHan banyak sangat luahan yang tak puas hati pasal PRU13. Sedih sebab kekawan mac berbalah...berlawan post...entahlah...dulu CikHan rasa berterima kasih kat FB sebab boleh jumpa semula kekawan lama masa belajar. ..dari sekolah rendah sampai la universiti..tapi sekarang ni. ..lain lak jadinya. Tu la..apa yang kita hendak tak semestinya yang terbaik untuk kita dan sesungguhnya Allah lebih Maha Mengetahui mana yang terbaik untuk kita ketika ini.
Ok la...tak mau sedih pilu bengang...lets focus to our duty ok...macam CikHan..fokus kepada tugas sebagai seorang anak....seorang kakak dan juga seorang pekerja. Fikirkan yamg baik..doakan yang terbaik..Insya Allah. .yang datang akan yang terbaik.
Hari ni CikHan tetiba rajin lak memasak...resepi paling ringkas..nasi goreng berlada...simple dan alhamdulillah...kenyang. Hmm mana lah tak membesar...
Hampir terforgot..ada drama Korea baru di KBS World.. THE QUEEN OF THE OFFICE...memang menghiburkan...so cube ler luangkan masa...
Ok lah...nak kol 12 dah..mahu tido..so take care semua...and have a sweat dream....

Sunday, May 5, 2013

TUNAIKAN KEWAJIPAN PADA NEGARA

Hari ini..5 Mei..hari mengundi bagi seluruh rakyat Malaysia. CikHan mengundi di kampung. Semalam terus bergegas pulang ke kampung selepas kerja. Nasib baik tak jem sangat..tapi penat juga la kaki...rupanya ada lori rosak. .
Hari ini CikHan hantar mak CikHan dulu dan kemudian baru pergi ke tempat pengundian..so memula check dulu saluran mana...lepas tuh baru la beratur saluran yang kita dapat..panjang juga barisan saluran yang CikHan dapat. Sampai giliran bagi IC dan warnakan jari..hmmm hari ni bersepah gambar jari dalam FB. Lepas tuh ambil kertas undi dan tanda pilihan anda..dan akhir sekali masukkan dalam kotak yang disediakan...senang jer..ok la sekarang ni tengah tunggu keputusan...apa-apa pun sesiapa yang diberi mandat...jalankan tugas dengan penuh tanggungjawab..

Wednesday, May 1, 2013

HAPPY LABOUR DAY...YANG PENTING CUTI

Selamat hari pekerja...yes..cuti di tengah-tengah minggu..memang cukup dinantikan. Apa kata jadikan cuti kekal...ha ha...keje Isnin, Selasa ..cuti Rabu...keje Khamis, Jumaat dan Sabtu..cuti Ahad...mmmm memang idea giler..

So apa aktiviti you all semua hari ni? CikHan ...ha ha semalam entah apa yang difikirkan ..telah berlaku satu insiden yang malu nak citer...tetapi semalam CikHan mengalami satu pengalaman baru...pengalaman kad parking hilang. Semalam, pergi ke shopping complex di Cheras...membeli barang-barang keperluan Mr. Meow..masa nak balik...kad parking entah ke mana. Kena bayar la jawabnya. RM20. Awek kat kaunter tuh memula sedang layan seorang jejaka..ha ha..punya la ramah...ok la...customer service kena lah macam tuh. Lepas jejaka tuh blah..CikHan cakap kad parking hilang..tanpa senyum dan intonasi suara yang memang tak sedap dengar..."Kena bayar RM20". CikHan bagi duit dan dia bagi borang...bagi borang jer..apa dia ingat CikHan ni bawa pen ke hulu ke hilir ker? CikHan pun minta la pen. Sepatutnya...dia boleh buat macam ni...BAGI PEN DAN BORANG DAN SAMBIL MEMBERITAHU..CIK SILA ISI BORANG NI..kan lebih baik. Haa..baru la CUSTOMER SERVICE namanya. CikHan pun isi borang...mak aii..banyak betul maklumat ..nama, ic, alamat rumah, nombor kereta, warna kereta...dan akhir sekali...kena ada sekuriti yang iring kita ke kereta. So segala urusan di kaunter selesai...En Sekuriti pun iringi lah CikHan ke kereta. CikHan pun tolak lah troli yang ada 3 beg pasir kucing (5kg setiap satu) dan makanan kucing dalam tin (85 g x 30 tin)..memang berat doowh.. Oleh kerana CikHan parking kereta di kawasan yang susah sikit nak bawa troli..so kena tinggal troli dan angkut semua barang ke kereta. Sampai berhampiran kawasan kereta, CikHan parking troli dan maklumkan En Sekuriti kereta CikHan sebelah sana...dia pun bagi kad parking kat CikHan dan terus berlalu...hmm..memanglah CikHan tak harap lah dia nak tolong pun tapi sepatutnya dia bekerja dengan well-known shopping complex membawa imej syarikat. Dia kena tunjukkan budaya prihatin..sepatutnya..dia perlu BERKATA BOLEH SAYA TOLONG  CIK BAWA BARANG KE KERETA ..kan baru lah customer tersenyum dan puas hati...nasib baiklah CikHan beli 2 shopping bag bagi nak mudahkan bawa barang ke kereta. Ermm tak tau  la kot polisi company ker..tapi kalau dah nama shopping complex company patutnya memastikan kepuasan pelanggan...

Hari ini ingatkan nak menonton Iron Man 3 tetapi tadi tengok barisan GSC panjang berjela dan tayang awal lak selling fast...so padamkan jer hasrat. Ajak member jejalan je la...dan for first time makan makanan Korea. Nih sebab masa lalu depan Dubu Dubu ternampak persembahan TVXQ pada skrin TV dalam Dubu Dubu tuh yang masuk..ha ha...

 
CikHan order Soondubu Jigae - Seafood. Emm boleh la rasanya. Tadi CikHan makan tanpa melihat instruction kat atas meja..rupanya telur kena kacau dulu..baru sedap...iskh...nampak sangat first timer...ok la..kira belajar menikmati hidangan Korea...sebab lagi dua minggu dah nak fly to find Seoul...ok la..anyway...selamat bercuti..

Sunday, April 28, 2013

BERJIMBA DI SHAH ALAM

Selamat pagi...hari ini CikHan nak berjimba di Shah Alam. Sejak semalam lepak rumah Miss L..so cadangnya nak berfoya-foya di Shah Alam...so wait and see...

P/s tetiba rindu dengan Yunho and Changmin

Sunday, April 21, 2013

MINI PAPER SHREDDER

Tadi dok jejalan kat Kajang...Metro Inn kot..jumpa la mini shredder...apa lagi beli la...harga pun kira ok la...walaupun manual. Nak beli yang besar mahal sangat...nak guna pun bukan selalu..so beli ni kira sesuai la...senang nak shred bil-bil..resit kad..tak yah bak koyak kecil2 lagi. .

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...