Kalau dulu, setiap minggu aku bersiar-siar di Mid Valley. Ketika itu, rumah aku memang dekat. Menetap di Vista Angkasa. Memang dekat la. Sekarang, aku dah menetap di Hulu Langat. Hmm..nak ke Mid Valley pun dah malas. Malas nak bersesak-sesak di jalan raya. Tapi hari itu sempena nak mengambil adik aku di tol Gombak, aku pun pergilah ke Mid Valley. Kena keluar awal. Kalau jam 10.00 pagi tuh kira ok lagi...parking pun banyak. Kalau lambat, huh...letih la nak merayau cari parking. Tujuannya...hmm tak de apa pun. Kebetulan lak masa tu, ada pameran Modern Home. Aku pun ambil kesempatan lah meninjau-ninjau apa yang ada dalam pameran ini. Selain tuh, aku memang nak tengok dekorasi Mid Valley sempena Krismas...selalunya dekorasi depa ni ketika Krismas nih teramatlah boombastik berbanding perayaan lain. Kenapa? Aku pun tak tahu...tapi tahun ini Mid Valley guna tema anak patung. Fuhh...besar gilerr patung bear...best kalau dijadikan bantal peluk.
Mukadimah Modern Home Fair |
Semua orang sibuk nak bergambar |
Cuba mendapat shot yang baik..sebab guna handphone jer |
Terlalu ramai orang... |
Hiasan pokok Krismas |
Besar betul bear nih... |
Lagi bear besar |
Iskh..comeynyerrrr |
Pandangan jauh jerr |
Tolong berikan bear itu |
Nih bukan hiasan Krismas..nih kaki aku yang dah letih |
Nih pun patung kucing kat kedai... |
Kemudian, aku berjalan ke Garden. Hiasannya tak semeriah dan sewarna-warni macam di Mid Valley. Banyak bunga dan daun jer...tapi kira macam lebih dewasa la hiasannya...
Gardern |
Lagi juntaian bunga-bunga |
Macam hiasan pelamin pun ada |
No comments:
Post a Comment