Monday, April 30, 2012

APA RM2++

Wah hari ini cuti..bukan public holiday ...annual leave. Ingatkan nak balik kampung tetapi my family lak yang datang KL. Tetapi dia orang balik gak hari ni...sebab katanya nak balik kampung esok. Well, aku pun penuhi cuti aku hari ini dengan berjalan-jalan ke KL. Tempat pertama dah tentu PWTC..Pesta Buku 2012. Memang dah budget nak beli buku...something about my work, management...so since hari ini hari bekerja...aku menjangkakan tak ramai berbanding esok yang sudah pasti sesak. 

Aku mulakan perjalanan dengan mengambil ERL..dari Putrajaya. TQ to our government..sebab menyediakan perkhidmatan yang selesa...mmm rasanya idea Tun M. So, aku ambil sampai Bandar Tasik Selatan dan tukar ke LRT untuk ke PWTC. Masih lagi sibuk dengan kerja penambahbaikan....suasana menanti LRT agak tidak selesa. Sampai PWTC..aku mengatur langkah...terus ke PWTC...wah ramai gak pengunjung...terutama budak sekolah...adeh...aku pun mula dengan tingkat atas...then jumpa satu booth yang menjual buku ilmiah..aku tertarik nak beli buku ilmiah ini...kecik jer bukunya..so aku expect dalam RM80 - 100 sebab takde tanda harga pun. Tetiba nak bayar..RM2++ ..itu selepas diskaun. 


Macam tak percaya pun ada...nasib baik tak ambil buku yang tebal. Aku pun tertanya-tanya...mana la tau ada ambil kesempatan...tapi lain kali penganjur PESTA BUKU perlu mewajibkan meletak harga dalam RM la....senang. Tak semua orang suka nak bertanya di kaunter ...So since aku boleh claim semasa penjelasan cukai pendapatan..aku pun beli ajer la...lagipun susah nak dapat buku ni kat kedai-kedai biasa aku pergi...

Buku apa lagi aku beli? Hmm itu jer...macam tak de mood...lagipun terlalu ramai orang dan susah nak cari publisher yang aku nak. So aku pun ambil LRT ke Masjid Jamek. Then dari situ baru ler aku ke KL Sentral. Al maklumlah dah lama tak naik LRT ..rupanya aku boleh terus je beli tiket ke KL Sentral tanpa keluar...ha ha..tapi tak pe la...pengalaman.

Dari KL Sentral terus ke Putrajaya...dan akhirnya ke Tesco Kajang. Ahaks...masa pergi Pesta Buku tak de teringin nak beli majalah..tetapi kat Tesco..leh lah beli majalah..salah satunya Mastika yang telah lama aku tinggalkan...

Petang sampai rumah...penat..dan sambung layan Secret Garden...rindunya kat HB..ahaksss

 

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...