Salam 1Malaysia semua. Ok kita sambung semula ye. Lepas makan tengah hari, CikHan and group dibawa ke tempat membuat kimchi. Ms Yumi beritahu kami kimchi ni sejenis sayur yang dijeruk dan dibuat sempena untuk menghadapi musim sejuk yang mana susah untuk mendapat sayur yang segar. Kimchi memang side dish yang utama di Korea Selatan. Sayurnya pelbagai tetapi paling popular sayur kobis. Tak ingat lak namanya. Bahan-bahan rencahnya macam-macam jenis la..antaranya serbuk cili, bawang putih, radish yang dipotong, sos khas dan macam-macam lagi.
Sayur dibasuh terlebih dahulu dan dipotong. Kemudian direndam dengan air garam. Lepas tuh dicuci dan barulah digaul dengan bahan-bahan rencah yang lain. Akhir sekali diperam di dalam bekas. Dulu guna tempayan. Tetapi sekarang ada peti ais khas untuk kimchi.
|
Ahjuma memberi penerangan dalam bahasa Korea |
|
Bahan-bahan yang diperlukan untuk membuat kimchi |
|
|
|
|
|
Ok..1..2..3...jom belajar buat kimchi |
|
Rupa bentuk kimchi yang CikHan buat - ahjuma kata good |
|
Ginseng milk - sedap... |
|
Antara resepi yang dibuat daripada kimchi |
Ok...senang jer nak buat kimchi ni tetapi selalunya dibuat dalam kuantiti yang banyak. Kimchi boleh disimpan berbulan-bulan...dan lagi lama lagi sedap katanya. Tu la sekali-sekala ke negara orang dan belajar budaya mereka best gak...ok lepas kimchi...kita orang semua dibawa mencuba hanbok...so tunggu....CikHan nak menonton citer Ms Kim... The Queen of The Office...
No comments:
Post a Comment