Saturday, August 7, 2010

RAMADHAN KINI TIBA

Begitu pantas masa berlalu. Minggu depan kita akan menyambut kedatangan Ramadhan. Bagaimana Ramadhan nan lalu? Sudah kita menggantikan puasa yang lalu? Aku? Alhamdulillah...aku berpuasa penuh pada Ramadhan yang lalu. Mesti ada yang tak percayakan? Mana mungkin seorang wanita boleh berpuasa penuh dalam bulan Ramadhan kecuali telah menopause. Tapi aku bukan lagi menopause. Cuma Jun 2009 telah menyaksikan aku telah kehilangan darah yang amat banyak melalui kitaran haid. Kitaran haid aku memang tidak normal sejak tahun lalu dan bulan Jun aku datang bulan. Aku ingatkan macam biasa tetapi agak luar biasa sampai muka aku pucat lesi dan pitam. Akhirnya aku dibawa ke hospital. Apabila pemeriksaan rahim, doktor kata rahim aku normal. Aku diberi ubat tahan darah dan ubat hormon. Tiga bulan sekali aku kena jumpa doktor. Lepas keluar hospital, darah masih keluar tapi sikit kemudian terus berhenti sehingga selepas raya baru aku datang bulan semula. Itulah ceritanya...

Apabila bercerita tentang Ramadhan, sepatutnya kita kena ingat tentang berpuasa tetapi ramai yang lebih suka bercerita tentang hari raya. Malah aku sendiri pun dah dapat beberapa sampel kuih raya..ahakss..bukan aku minta..dia orang yang sukarela nak bagi. Aku ambil je la. Selain itu, ada pula yang sibuk pasal menu berbuka puasa, bufet Ramadhan... itu lah kita..

Apa-apa pun, aku ingin ucapkan selamat berpuasa dan berpuasa biarlah ikhlas ye...

Friday, August 6, 2010

AKU & ASAS PERTOLONGAN CEMAS

Dua hari lepas aku telah menghadiri kursus asas pertolongan cemas.. huh.. Mulanya aku memang berat nak masuk kursus ini. Entah apa fobianya... tapi apabila dah masuk kursus ini selama dua hari macam best pulak. Aku belajar macam mana nak buat CPR, cara buat anduh dan balutan. Tapi yang tak bestnya kena buat praktikal...kalau semua perempuan ok la..nih ramai kaum adam. Apa nak buat dah aku kerja di kalangan kaum adam.. Aku kena beranikan diri. Ada ujian amali...ada satu langkah yang aku tak buat..check nadi dan pernafasan..langkah terakhir. Lepas tuh tak pegang hidung masa beri bantuan pernafasan. Ujian bertulis pun satu hal...walaupun soalan objektif tetapi ada 50 soalan dan pening kepala nak jawab... so kalau lulus...aku bergelar FIRST AIDER ..kalau gagal kena pi kursus ulangan kot??

Sunday, July 18, 2010

FLORAL 2010 DI PUTRAJAYA

Yes..yes...akhirnya aku berjaya juga menjelajah pesta FLORAL di Putrajaya tahun ini. Awal pagi lagi aku dah bangun...sebab kalau awal pagi sudah pasti tempat letak kereta masih kosong. Tapi..aku tersesat la pulak...memang keliru betul jalan-jalan di Putrajaya ini kalau tak biasa. Mula-mula aku dah macam nak putus asa...tapi aku kuatkan semangat.

Sampai sahaja di tempat yang tuju...rupanya dah ramai. Tapi nasib baik la..masih banyak kosong lagi tempat parking. Masuk je tempat parking...alamak..banyaknya batu. Kena pandu perlahan-lahan takut bocor tayar lagi haru.

Aku tengok ramai gak orang yang photographer profesional yang bawa kamera yang canggih...huh..aku tetap memulakan ekspedisi aku...so banyak gak le aku ambik gambar...dan jauh juga la berjalan tetapi aku dapat merasakan ketenangan...walaupun panas....gambarnya..nanti aku download...



Saturday, July 17, 2010

TERLIBAT DALAM KEMALANGAN JALAN RAYA .... APA TINDAKAN ANDA?

Pada suatu yang indah, anda telah bersiap sedia untuk ke suatu destinasi. Anda telah periksa kenderaan anda .. semua OK. Maka anda pun memulakan perjalanan anda. Biasalah, dari rumah ke jalan utama dah tentu banyak selok belok yang anda kena lalu....tiba-tiba....sebuah kereta keluar dari simpang dengan laju sekali....BAMMM...pedih sungguh hati sebab anda telah terlibat kemalangan akibat kesilapan pemandu lain. Tentu anda panas hati kan?? Mahu ditampar jer pemandu bebal tuh...siapa yang tak marah kalau terjebak dalam keadaan ini. 

Apa tindakan yang anda perlu ambil? Huh..ada orang kata..."kalau aku..aku tampar jer mangkuk badigol tuh?". Ada yang kata "Keluar ..tengok tahap kerosakan dan buat laporan polis". Ada juga yang kata.."Minta maklumat dan buat report polis"...malah ada yang kata " tak tahu..telefon kawan?"..kuang...kuang...

Maka, apa tindakan yang harus kita ambil? Aku ada terbaca satu blog tentang tindakan yang perlu diambil jika terlibat dalam kemalangan jalan raya....apa lagi sila ke SERIBU WARNA PELANGI .. Walau apa pun yang lebih baik adalah pencegahan. Punca kemalangan itu terlalu banyak dan antaranya ..mungkin faktor terbesar adalah disebabkan sikap kita sendiri. Kita hanya fikir tentang diri kita tetapi kita jarang fikir tentang orang lain. Sekiranya anda sedang menunggu giliran di traffic light... cuba renung-renungkan tentang orang yang berada dalam kenderaan sekeliling anda..fikirkan "mungkin dia bapa kepada 7 orang anak...kalau aku terlanggar dia..kesian kat anak-anak dia", "mamat ni mungkin menyara ibubapanya di kampung..kalau aku terlanggar dia..sian mak ayah dia." Maka, ubahlah sikap kita semasa memandu. Jadikan jalan raya kita selamat untuk digunakan.

Monday, July 12, 2010

SEPANYOL JUARA WORLD CUP 2010

Tsamina..mina..eh eh...waka waka ehh...SEPANYOL JUARA .. dan yang pasti PAUL THE OCTOPUS jadi sotong paling glamer ketika ini kerana ramalannya tepat belaka. Aku rasa tuan si PAUL adalah orang yang paling tersenyum lebar. Apakah nasib si PAUL selepas ini? Kita tunggu dan lihat. 

SEPANYOL telah berjaya menjuarai WORLD CUP 2010 buat kali pertama. Siapa sangka tapi berkat usaha dan strategi, usaha mereka berbaloi. Apa yang korang belajar daripada kisah ini? Banyak beb...antaranya:

  1. Orang sentiasa menjadi juara tidak akan menjadi juara selama-lamanya.
  2. Biarlah kita tak glamer, janji kita tahu arah dan matlamat pasukan kita.
  3. Jangan cepat putus asa, sebaiknya kenalpasti kelemahan kita dan atasinya.
  4. Jangan cepat mendabik dada kerana kita telah menewaskan pasukan yang selalu jadi juara
  5. Lain-lain...fikirkan lah sendiri.
Tapi BELANDA pun tak kurang hebatnya. Kalau tidak, tak akan seri 0 - 0. Hmm...fikiran aku melayang dan tertanya-tanya...adakah MALAYSIA mampu untuk bermain di PIALA DUNIA. Insya Allah ..jika kita ada matlamat dan usaha yang gigih dan PLEASE...jangan main disebabkan duit imbuhan...biarlah kita main sebab kerana NEGARA kite...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...