Monday, April 30, 2012

APA RM2++

Wah hari ini cuti..bukan public holiday ...annual leave. Ingatkan nak balik kampung tetapi my family lak yang datang KL. Tetapi dia orang balik gak hari ni...sebab katanya nak balik kampung esok. Well, aku pun penuhi cuti aku hari ini dengan berjalan-jalan ke KL. Tempat pertama dah tentu PWTC..Pesta Buku 2012. Memang dah budget nak beli buku...something about my work, management...so since hari ini hari bekerja...aku menjangkakan tak ramai berbanding esok yang sudah pasti sesak. 

Aku mulakan perjalanan dengan mengambil ERL..dari Putrajaya. TQ to our government..sebab menyediakan perkhidmatan yang selesa...mmm rasanya idea Tun M. So, aku ambil sampai Bandar Tasik Selatan dan tukar ke LRT untuk ke PWTC. Masih lagi sibuk dengan kerja penambahbaikan....suasana menanti LRT agak tidak selesa. Sampai PWTC..aku mengatur langkah...terus ke PWTC...wah ramai gak pengunjung...terutama budak sekolah...adeh...aku pun mula dengan tingkat atas...then jumpa satu booth yang menjual buku ilmiah..aku tertarik nak beli buku ilmiah ini...kecik jer bukunya..so aku expect dalam RM80 - 100 sebab takde tanda harga pun. Tetiba nak bayar..RM2++ ..itu selepas diskaun. 


Macam tak percaya pun ada...nasib baik tak ambil buku yang tebal. Aku pun tertanya-tanya...mana la tau ada ambil kesempatan...tapi lain kali penganjur PESTA BUKU perlu mewajibkan meletak harga dalam RM la....senang. Tak semua orang suka nak bertanya di kaunter ...So since aku boleh claim semasa penjelasan cukai pendapatan..aku pun beli ajer la...lagipun susah nak dapat buku ni kat kedai-kedai biasa aku pergi...

Buku apa lagi aku beli? Hmm itu jer...macam tak de mood...lagipun terlalu ramai orang dan susah nak cari publisher yang aku nak. So aku pun ambil LRT ke Masjid Jamek. Then dari situ baru ler aku ke KL Sentral. Al maklumlah dah lama tak naik LRT ..rupanya aku boleh terus je beli tiket ke KL Sentral tanpa keluar...ha ha..tapi tak pe la...pengalaman.

Dari KL Sentral terus ke Putrajaya...dan akhirnya ke Tesco Kajang. Ahaks...masa pergi Pesta Buku tak de teringin nak beli majalah..tetapi kat Tesco..leh lah beli majalah..salah satunya Mastika yang telah lama aku tinggalkan...

Petang sampai rumah...penat..dan sambung layan Secret Garden...rindunya kat HB..ahaksss

 

Saturday, April 28, 2012

KONONNYA BANTAH DAN DUDUK JER

Hari ni 28 April 2012..ada demo Bersih 3.0 di Dataran Merdeka. Kononnya kali ni cuma Bantah dan Duduk tapi wall FB aku penuh dengan insiden yang sepatutnya tidak berlaku. Semuanya memang telah dijangkakan oleh pihak polis..sebab itu polis ambil tindakan tutup beberapa jalan ke bandaraya. Lepas tu salahkan lak Polis. Polis dah tentu menjalankan tugas untuk menjaga keamanan.

Aku bersyukur dilahirkan di Malaysia. Aman, Damai. Korang tak suka ke? Ingatlah..jangan sampai jadi macam beberapa negara di timur tengah. Ingat...ada orang suka tengok kita tidak aman..ada orang suka tengok kita tidak bersatu. Apabila kita tidak bersatu, tidak aman...kita mulai lemah dan pada masa itu lah..orang ini akan menonjolkan belangnya. Ingatlah...banyak kisah dan sejarah yang seharusnya kita jadikan teladan. Ingatlah keluarga kita,,,kalau tak aman..macam mana kita nak cari rezeki...macam mana keluarga kita, anak-anak kita..jangan lah kedegilan kita memusnahkan impian mereka...sorry lah CikHan emo sikit hari ini...

Friday, April 27, 2012

KEKAL MUDA

Seorang teman telah menghantar email How To Stay Young ..

Throw out nonessential numbers. This includes age, weight and height. Let the doctors worry about them. That is why you pay 'them'

Keep only cheerful friends. The grouches pull you down.

Keep learning. Learn more about the computer, crafts, gardening, whatever. Never let the brain idle. 'An idle mind is the devil's workshop.' And the devil's name is Alzheimer's.

Enjoy the simple things.

Laugh often, long and loud. Laugh until you gasp for breath.

The tears happen. Endure, grieve, and move on. The only person, who is with us our entire life, is ourselves. Be ALIVE while you are alive.

Surround yourself with what you love , whether it's family, pets, keepsakes, music, plants, hobbies, whatever. Your home is your refuge.

Cherish your health: If it is good, preserve it. If it is unstable, improve it. If it is beyond what you can improve, get help.

Don't take guilt trips. Take a trip to the mall, even to the next county; to a foreign country but NOT to where the guilt is. 

Tell the people you love that you love them, at every opportunity. AND ALWAYS REMEMBER :
Life is not measured by the number of breaths we take, but  by the moments that take our breath away.

LOVE HIS SMILE...

Semalam aku telah menulis entry baru tetapi apabila tekan UPDATE...rupanya tak update. Penat aku dok cerita pasal Hyun Bin...rupanya tak keluar post...By the way jika anda peminat Hyun Bin jangan lupa vote Hyun Bin di Top Hallyu Star Lagi satu..ada aku terjumpa FB Secret Garden KD..wah lagi ler menjadi-jadi kegilaan aku..lebih-lebih bila lihat gambar dia senyum...CAIR ..








Wednesday, April 25, 2012

MEETING...CANCEL...SHORT NOTICE

Ha ha..hari ini macam kelam kabut jer hidup aku...meeting pagi dan petang...pada masa yang sama ada juga meeting yang melibatkan aku di tempat yang lain. Abis? Aku bukan ler bakteria yang boleh membahagi dua dalam masa beberapa jam. So, terpaksa korbankan salah satu...dan menghantar wakil yang lain. Itu pun wakil tuh dok sibuk suruh aku pergi..apsal dia tak faham ker...apa yang nak ditakutkan dengan meeting itu...aku tak de pun ..tiada apa yang perlu dirisaukan jika kita tahu kita telah melakukan yang terbaik...

Meeting pagi berjalan dengan lancar...dan quite positive and ada hala tuju. Meeting petang pun berjalan dengan baik...tetapi kena abis awal sebab ada short notice meeting di tempat lain...semua kena hadir. Sedang meeting petang berlangsung...aku telah dimaklumkan meeting yang wakil itu pergi ditunda...wahal...dia orang dah dalam perjalanan...arghhh..errr tak faham? Tak per...tak penting pun..janji meeting yang aku hadiri berjalan dengan baik.. :)

 


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...