Thursday, June 6, 2013

SOUTH KOREA TRIP - END OF DAY 1 TRIP

Perjalanan hari pertama diakhiri dengan melawat Yeongja Premium Outlet (YPO). CikHan diberitahu oleh salah seorang rakan tour yang YPO nih macam JPO. Outlet yang menjual barang berjenama. CikHan hanya mampu mencuci mata jer...

Welcome to YPO

Hmm susah nak cari kereta import sini...90% buatan Korea (my estimation la)

Suasana dalam YPO

Reebok

Decoration salah satu kedai di YPO

Akhir sekali sebelum ke hotel untuk bermalam, kami dibawa ke sebuah restoran untuk dinner. Kali ini ada sotong besar sebagai lauk utama. 

Big family
Perjalanan ke hotel agak lama juga..so masing-masing dah letih dan tidur. Hotel yang kami menginap malam tu berdekatan dengan Pulau Nami. Ok lah...nanti post akan datang, CikHan akan tunjuk gambar hotel...take care..

Monday, June 3, 2013

SOUTH KOREA TRIP - JOURNEY CONTINUES

Hi again..so sambung semula. Selepas menghabiskan masa di Strawberry Farm, kami dibawa menuju ke Korean Ceramic Foundation. Aktiviti just free and easy. Sebabnya dah penat berjalan dan juga menempuh kesesakan jalan raya. Sedang menghayati bentuk-bentuk menarik, tetiba ada sorang awek Korea minta CikHan ambil gambar dia dan kekawannya. Ada dua kawannya berpakaian seragam Military. Rasanya mereka cuti rehat kot untuk bersiar-siar dengan awek. Dia tak tau berbahasa Inggeris dan CikHan lak tak pandai berbahasa Korea...tetapi uniknya...masing-masing faham apa yang hendak disampaikan walaupun menggunakan bahasa isyarat sahaja. Lepas CikHan ambil gambar dia orang, budak lelaki berpakaian Military menawarkan diri untuk mengambil gambar CikHan dan Miss L...baiknya. 

Sebab dah penat sangat...Miss L dok melepak jer..tetapi CikHan merayau...mengambil gambar... dan banyak arca-arca yang pelik...seni betul..

Miss L dengan gayanya

Try ambil gambar dari pandangan bawah

Baca lah ye

Kanak-kanak riang

Tanglung

Arca

Another arca

Gambar pelakon dulu-dulu

Rupa tempat ceramic dibakar suatu ketika dulu


Bunga...yes di Ceramic Foundation

Spring

So beautiful

Lepas tuh kami dibawa ke YPO...Yeong Ja Premium Outlet. Ada kakak dalam travel group kata macam kat JPO jer. So apa yang ada kat sana..nanti CikHan sambung lagi..ok

Saturday, June 1, 2013

SOUTH KOREA TRIP - STRAWBERRY FARM

Hi...ok kita sambung semula. Selepas dah mencuba hanbok...kami pun ke ladang strawberry yang berdekatan. Menurut kata our tour guide, tahun ni musim panas hampir tiba dan lebih awal daripada biasa. So dah habis musim. Kami dibenar mengambil 5 biji strawberry percuma (tetiba teringat program 2 Days 1 Night). CikHan hanya makan dua biji...lagi 3 biji bagi kat Ms L. 

Welcome to Strawberry Farm

Tempat strawberi ditanam

Buah strawberi

Bunga strawberi

Hasil kutipan strawberi CikHan
 Selepas dah penat di Strawberry Farm..kami dibawa ke pusat seramik...so nanti CikHan cerita..ok...

Thursday, May 30, 2013

SOUTH KOREA TRIP - HANBOK & WALKING TO STRAWBERRY FARM

Hello...I'm back...so lets continue our journey. Selepas habis kelas kimchi, kami diberi peluang untuk mencuba hanbok, pakaian tradisional Korea. Macam-macam warna. Berangan macam maharaja di zaman ala Joseon giteww. Lepas tuh ambil ler gambar ramai-ramai...

Sibuk memilih hanbok

Keluarga dinasti mana ntah

Hensem

Antara barang yang dipamerkan
Selepas dah berpenat mengambil gambar dengan hanbok, kami dibawa melawat ke Strawberry Farm. Sambil berjalan kaki nak ke Strawberry Farm, CikHan sempat ler mengambil gambar dengan mempraktikkan apa yang dah dipelajari semasa kursus fotografi...tetapi banyak kena praktis lagi da...

Yes..flower

Another flower

Mountain

Comel betul anjing kat Korea..macam serigala

Jalan lagi..boleh kurus dibuatnya

Another flower..
So..apa yang berlaku di Strawberry Farm? So tunggu post akan datang. Take care..

Tuesday, May 28, 2013

SOUTH KOREA TRIP - KIMCHI CLASS

Salam 1Malaysia semua. Ok kita sambung semula ye. Lepas makan tengah hari, CikHan and group dibawa ke tempat membuat kimchi. Ms Yumi beritahu kami kimchi ni sejenis sayur yang dijeruk dan dibuat sempena untuk menghadapi musim sejuk yang mana susah untuk mendapat sayur yang segar. Kimchi memang side dish yang utama di Korea Selatan. Sayurnya pelbagai tetapi paling popular sayur kobis. Tak ingat lak namanya. Bahan-bahan rencahnya macam-macam jenis la..antaranya serbuk cili, bawang putih, radish yang dipotong, sos khas dan macam-macam lagi. 

Sayur dibasuh terlebih dahulu dan dipotong. Kemudian direndam dengan air garam. Lepas tuh dicuci dan barulah digaul dengan bahan-bahan rencah yang lain. Akhir sekali diperam di dalam bekas. Dulu guna tempayan. Tetapi sekarang ada peti ais khas untuk kimchi. 

Ahjuma memberi penerangan dalam bahasa Korea
Bahan-bahan yang diperlukan untuk membuat kimchi



Ok..1..2..3...jom belajar buat kimchi
Rupa bentuk kimchi yang CikHan buat - ahjuma kata good
Ginseng milk - sedap...
Antara resepi yang dibuat daripada kimchi
Ok...senang jer nak buat kimchi ni tetapi selalunya dibuat dalam kuantiti yang banyak. Kimchi boleh disimpan berbulan-bulan...dan lagi lama lagi sedap katanya. Tu la sekali-sekala ke negara orang dan belajar budaya mereka best gak...ok lepas kimchi...kita orang semua dibawa mencuba hanbok...so tunggu....CikHan nak menonton citer Ms Kim... The Queen of The Office...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...