Friday, November 16, 2012

TVXQ @ DBSK

cr to owner

TVXQ atau nama panjangnya Tong Vfang Xien Qi merupakan kumpulan pop berasal dari Korea Selatan. TVXQ ditubuhkan pada tahun 2003 dibawah SM Entertainment (syarikat yang sama dengan Super Junior). Di Korea Selatan, mereka lebih dikenali sebagai DBSK dan di Jepun pula sebagai Tohoshinki.

Pada permulaan, kumpulan ini ada 5 orang ahli iaitu Yunho, Changmin, Jaejoong, Yoochun dan Junsu. Boleh dikatakan mereka ini pelopor KPOP di pesada dunia. Cassiopeia, adalah nama fan club bagi DBSK dan di Jepun pula, fan club BigEast ditubuhkan. Namun, pada tahun 2009, Jaejoong, Yoochun dan Junsu telah memfailkan injuksi terhadap SM Entertainment dan menyebabkan segala aktiviti TVXQ dihentikan selepas tahun 2009. Lama juga la TVXQ berdiam...dan mungkin ini lah salah satu peminat generasi baru tidak berapa mengenali TVXQ termasuk CikHan. Macam-macam perkara yang CikHan baca dalam blog, artikel...rasanya tak perlu nak cerita...yang dah lepas biarkan ia pergi...

Tetapi selepas 2 tahun 3 bulan, TVXQ kembali sebagai duo iaitu Yunho dan Changmin. Masa CikHan tengah giler dengan Super Junior...tetiba itu la..CikHan terklik MV Keep Your Head Down...sekali 'BOOOM'...terkesima...terus 'jatuh cinta' dengan TVXQ. Lepas tu teruslah mencari cerita mengenai TVXQ dan lain-lain lagu.
cr to owner

Kemudian, tahun lepas TVXQ, telah mengeluarkan album dalam bahasa Jepun, TONE dan mengadakan tour concert di beberapa bandar di Jepun. Sambutan memang luar biasa....Dan tahun ini, TVXQ telah mengeluarkan album Korea, Catch Me... lagu-lagu dalam album ni memang best...mana CikHan tau? Sebab CikHan dah beli album depa la... dan esok..mereka akan mengadakan konsert di Seoul sebagai permulaan World Tour mereka...BESAR lah harapan agar Malaysia adalah salah satu destinasi konsert mereka....

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...