Saturday, January 28, 2012

ENTAH SAMPAI BILA..

Adoi...line streamyx aku masih demam lagi. Dah ler tak leh nak connect.. berhari-hari. Marah ..geram iskh...tension. Maka pad 25 Jan, aku hubungi bahagian bil..ye la nak check sama ada akaun aku ni memang tak aktif ker...customer service kata akaun aku ok..payment ok...baki yang perlu dibayar sebelum February cuma 56++ jer. Apa lagi..malam tuh aku call 100 ..biasa ler kena cerita dari A sampai Z. Pelik kan..patutnya dah dapat detail ..terus boleh kesan ler apa masalah aku. Aku memang tak nak troubleshooting dah...penat. Akhirnya dapat nombor report. Esok dalam tengah hari aku dapat ler call dari technician TM. Lerr orang yang sama gak. Dia kata port aku kat luar rosak. So dia dah gantikan. Aku balas balik...aikk bukan hari tu ganti ker..dia cakap rosak balik..Aku pelik..macam mana boleh rosak balik kalau dah ganti baru. Banyak persoalan timbul...betul ker dia ni buat kerja atau barang tidak bermutu.. tapi aku bagitau aku kat opis ..so tak boleh la nak check ok ke tak...dia kata akak check dulu ada masalah ..call saya.

So petang itu, dengan hati yang berbunga ..aku balik..check internet...arghh tak leh connect lagi. Aku geram ler..sampai semalam aku check ..masih tak boleh gak...malas nak call technician tuh ..tentu jawapan..dah abis opis hour... Maka petang tadi, balik dari opis aku terus ke Giant. Ada dealer Celcom. Memang aku nak beli Celcom Broadband. Tapi sistem offline..so dia suruh aku datang Monday or Tuesday..arghh.. Nih balik rumah pun memula tadi masih tak dapat internet...sampai aku rasa nak mengamuk...tup-tup dah boleh masuk..nih yang dok mencurah rasa dalam blog nih... tapi tu la tak tau ler sampai bila boleh bertahan ni... hopefully dah ok...Amin. Tapi tu la..kalau ikutkan aku memang tak berbaloi ler..bayar mahal tapi servis tak cun...

Sunday, January 22, 2012

SEMAKIN PELIK

Aku semakin pelik dengan Streamyx..ntah di mana silapnya. Sejak 17 Jan lalu...selepas aku menulis post di blog..Streamyx aku terganggu..tak boleh nak masuk Internet langsung. Aku dah mula fed-up nak call 100 nak buat report sehingga hari ini memang perasaan aku tak dapat dibendung lagi..akhirnya aku call. Aku ceritakan sejak bila masalah ini berlaku dan apa tindakan yang telah dibuat. Mula-mula tenang tetapi aku dah jadi panas jer..dengan pertanyaan berulang. Nasib ler customer service tuh nada dia OK ..seolah memahami akan masalah aku (memang dia orang ni dilatih untuk tahan dengan makian pengguna).. tapi Internet masih tidak dapat masuk lagi. Kemudian aku terima call daripada operator tersebut..dia maklumkan akaun Internet aku tidak aktif..mungkin disebabkan bayaran. APA??? Temperature aku terus naik ler...macam mana pula ada masalah bayaran. Sejak aku melanggan pakej Streamyx ni, setiap bulan aku bayar...sama jer kitarannya. Kalau ada masalah bayaran, kenapa tak cakap masa aku buat laporan terdahulu. Dengan nada perlahan, dia nasihatkan aku call bahagian bil dan minta aktifkan kembali akaun. MAKNANYA AKU KENA TUNGGU HARI RABU. Arghh ....bengang ler...dah bayar kata ada masalah bayaran. Masa buat laporan yang dulu, tak de lak cakap pasal tak aktif sebab masalah bayaran. Technician sampai datang rumah...kata lak modem aku rosak. Macam mana ni??? Macam-macam alasan tapi sebab utama masih lagi jadi tanda tanya....memang aku semakin pelik...

Tuesday, January 17, 2012

ADUHAI..MAKIN TERUK

Salam semua...wuih..lama giler aku nak meloloskan diri masuk internet nih..sejak post aku yang sebelum ni..Streamyx aku nih makin teruk...lama gak la tak leh log in. Sampai kontraktor Telekom datang la .. senang jer cakap modem aku rosak..tukar modem lain (fuh nasib baik ada modem spare masa aku dapat percuma beli notebook) ..pun tak leh...cuba la diaorang sambung kat soket telefon pun tak leh gak..cakap gak kata modem aku rosak..aku dah naik angin...aku balas ler balik..agak-agak ler takkan sampai dua-dua rosak...masalahnya kalau rosak takkan aku dapat kejap masuk kejap tak...(he he saje jer..geram sangat). Lastly, budak technician tu kata..tak per la nanti saya tengok port line kat luar...hmmm ..aku dah malas...ye kan ajer ler..tuh ler tunggu punya tunggu baru jam 5 petang ini boleh masuk..tapi tak tahu la berapa lama leh bertahan ni. ..tapi yang pentingnya..MODEM AKU TAK ROSAK PUN. Aku dah nekad nak beli portable broadband (of course ler provider yang lain).. tapi kawan aku suruh aku catatkan masa yang servis streamyx tak OK ..macam buat logbook..dan catatkan nombor report TM bagi..lepas tuh komplen kat MCMC atau SKMM (Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia)..ok gak...tapi aku tak pasti macam mana nak laporkannya...nanti aku siasat dulu...

Thursday, January 12, 2012

STREAMYX OH STREAMYX

Aku ni pengguna tegar produk Telekom. Dari telefon rumah, zaman internet dial-up 1515..aku tukar streamyx kelajuan 512kbps ..puas hati lepas tu aku ditawarkan pakej menarik Streamyx 1Mbps..bayar RM110 setiap bulan. So, aku terima ler...masa tu bulan April tahun lepas ler...wah memang puas hati. Kemudian akhir-akhir ini Streamyx makin lembap... aku tak tau kenapa....banyak kali aku call 100 ..protokol semua sama ..tanya lampu DSL nyala ke tidak, off modem la..ntah-ntah apa-apa lagi..hingga lah semalam kesabaran aku memang tercabar...mana tak tercabar..hari selasa aku dah kol...ok la troubleshoot...aku ikutkan jer..check sana-sini...tapi hanya bertahan 1 jam jer...dan on off balik..kejap ada kejap tak de. Lepas tu semalam aku call lagi..dah siap bagi number phone ... tapi dok ulang protokol yang sama. Arghhhh... tak boleh ker upgrade sikit ..misalnya bila dah ambil detail customer...terus maklumat history customer tuh keluar. Berapa kali aduan..aduan terakhir...kalau dah dua hari berturut-turut call tuh ada la masalah...finally semalam aku terus minta log report...so pagi ni boleh ler aku melayari internet.. Iskhh ..semalam memang sampai tahap aku terfikir nak tukar Internet Provider jer...macam tak berbaloi nak banyar RM110 ...tapi kelajuan macam kura-kura...opss..aku rasa kura-kura lagi laju sebab dia tak de stop..nih laju ckit..lepas tuh hilang..tu ler..macam mana aku nak tukar kepada pakej laju ..Takut jadi macam ni pakej aku sekarang ni jugak.. yang lebihnya..duit yang keluar untuk bayar bil ..

Sunday, January 8, 2012

BOLEH KER AKU NAK TULIS NOVEL

Ha ha..tak pernah terlintas dalam fikiran aku. Nak menulis novel? Baca novel pun malas. Dulu masa belajar dan baru kerja, ada la aku berjinak-jinak membaca novel. Ada membuatkan aku mengalirkan air mata...hua hua.. dan ada yang membuat aku rasa hairan...novel apa ntah...asyik setiap perenggan jer ulang ayat yang sama. Adoi..macam ni pun boleh wat novel. Iskhh...

Tu la kan...dari novel ada yang jadi drama..filem..macam Nora Elena ..rasanya dari Kasih Suci...kat TV3 ..Gemersik Kalbu..rupanya memang ada novel tajuk yang sama...dan yang terhangat sekarang ni Ombak Rindu. Memang kalau kena gayanya rezeki..lebat wa cakap lu.

So berbalik kepada boleh ke aku nak tulis novel...hmmm ntah...waktu kerja pun tak tentu hala..ha ha...Entahlah..yang penting percaya akan kebolehan diri... 


Thursday, January 5, 2012

ASYIK SALAHKAN ORANG.....

Yang buruk itu datang dari saya dan yang baik itu datang dari Allah S.W.T. Itu lah yang sepatutnya kita berkata. Bukannya menundingkan jari ke arah orang lain. Ingat..satu jari ke arah orang lain tetapi 4 jari lagi ke arah anda. Hmm..lu pikir la sendiri.


Bagi aku, kalau dalam sesuatu hal, tidak gunakan lah kita menyalahkan orang atau apa-apa keadaan yang telah berlalu. Bukannya kita boleh pusing masa yang dah lepas. Lebih-lebih lagi kita sebagai orang baru di sesuatu tempat, jangan lah terus menjatuhkan hukum yang orang itu salah lah... kalau salah tunjukkan. Bukannya nak canang satu dunia. Lu tak tau ..baik lu diam. Lu tak tau cerita ..jangan nak memandai jer kata salah itu ini..

Aku memang berharap ler..manusia ini ditunjukkan jalan yang sepatutnya. Amin

Wednesday, January 4, 2012

BACK TO SCHOOL

Wah ..hari ini..budak-budak dah mula bersekolah. Hmm ..maknanya...dah tentu ada kesesakan luar biasa. Dah tentu mak bapak sibuk untuk menghantar anak, bayar yuran itu ini. 

Maknanya, hari ini dan esok aku kena keluar awal. Ye la..tak nak lambat...takut jalanraya sesak. Dah ler aku kena menempuh sekolah sebelum sampai ke pejabat. Anyway..bukan itu yang aku nak cerita..tetapi pengalaman aku mulai bersekolah...anda semua pun tentu ada memori indah kan...

Aku semasa masuk Darjah 1 ..tak de le menangis. Rilek jer...dapatlak kelas yang memang cikgu kelasnya kreatif boombastik...pergh kelas aku masa Darjah 1 memang lain dari yang lain. Memang ler ada meja tulis dan sebagainya..tetapi ada satu sudut di kelas, cikgu aku hias macam ...pergh...memang kelas. Aku ingat lagi.. namanya Cikgu Fatimah.

Masa Darjah 1, memang aku terer ler...dapat nombor 1, 2, 3 jer...tetapi bila semakin meningkat Darjah ...semakin meningkat ler nombor yang aku dapat dalam kelas...ha ha..tapi...Penilaian Darjah 5 pun...aku cuma dapat 1A jer...aku pun tak tahu kenapa...asyik main jer kot...

Masa Darjah 6, aku lain sikit. Peperiksaan terakhir Darjah 6 ..aku tergolong dalam kalangan pelajar terbaik iaitu 5 ke atas. Tapi memang menarik ler Darjah 6 ni...ada memori sampai sekarang aku ingat...ujian bulanan Algebra..aku dapat 0...adeh..masa tu mana ler aku faham..nengok pun persamaan a + 6 b = 3 ..macam tak logik ...

Anyway..apabila sekolah menengah, prestasi aku terus menaik. Keputusan SRP aku memang boleh melayakkan aku ke asrama penuh. Aku tak mau..ye ler sebab tuh tengah giler dok menonton drama Cina TV2 setiap jam 6 petang...arghh tak mau. Mak aku masa tuh dah bising suruh aku apply masuk sekolah asrama penuh...tapi nasib baik ayah aku tak sokong dia.. Ayah aku tau...aku bukannya minat nak pi sangat sekolah asrama penuh..ye la lagipun anak dua orang jer..nanti aku duk asrama ..sepi jer rumah.

Akhirnya aku bersekolah biasa jer masa Tingkatan 4 dan 5. Biasa ler TV is number one...but..sambil menonton TV , aku buat ulangkaji tauuu. Pergi tuisyen pun seingat aku dua kali jer..sebabnya...tuisyen tuh  jam 6 petang...tau la kan kenapa...he he he

Masa peringkat menengah ni..aku mulai suka subjek kimia dan add maths. Tak tau nape tetapi memang kalau dalam kelas ..tumpuan aku 100%. Kelas Fizik...paling aku gerun ..selain daripada ujikaji yang boring dah susah nak faham...cikgu dia lak memang garang....ader ler kita orang satu kelas kena berdiri atas kerusi...tapi tak pe...itu sebenarnya yang mematangkan kita...
Akhirnya SPM menjelang...dan alhamdulillah...Pangkat 1, agregat 11. So, nak tak nak...memang aku kali ini nekad untuk sambung belajar di matrikulasi...maknanya...have to say goodbye to my chinese drama...dah ler masa tu la citer X-Files tengah glamer...tapi demi impian menggulung ijazah ..akhirnya aku dapat ler masuk Asasi Sains aliran Hayat. Well..masa tu memang impian nak jadi doktor.. tapi tu la...akhirnya masa final year di Asasi Sains...dan juga minat aku kepada Chemistry...aku terpaksa menolak impian untuk jadi doktor...and akhirnya aku dapat melanjutkan ke kursus Eng...alhamdulillah..sekarang dah 10 tahun lebih bekerja...dah hopefully...tahun mendatang ni..kerjaya semakin kukuh...Amin


Monday, January 2, 2012

PENCAPAIAN AZAM 2011

Ermm awal tahun 2011, aku ada senaraikan azam aku.. boleh KLIK SINI ..dan pencapaiannya ialah :
  • Nak menulis entri blog pada 2011 sekurang-kurangnya 200 entries. - cuma dapat 78 entries jer
  • Nak masuk kursus fotografi. - belum sebab tahun ni banyak keje lak
  • Nak kurangkan berat badan (hmmm..tiap-tiap tahun azam ni mesti ada...) - macam yo yo..tapi ade ler 5 kg hilang
  • Nak simpan sekurang-kurangnya RM100 sebulan - so far ok ..cuma tak de ler tiap-tiap bulan
  • Nak kemas bilik yang dah jadi stor kat rumah - separuh jer siap
  • Nak luangkan masa sekurang-kurangnya 45 minit seminggu untuk senaman - mula-mula jer..tapi ada la seminggu sekali pi morning walk
  • Nak jimatkan penggunaan air dan elektrik ( ha ha..azam hijau) - elektrik bawah RM20, air ..hmm ada paip bocor lak
  • Nak jadi seorang yang peramah dan pandai berkata-kata - dah berani bersuara dalam mesyuarat..
Tahun ni..belum lagi rancang dan azam tahun lepas may be aku kena teruskan....

GOODBYE 2011...HELLO 2012

Salam 1Malaysia...pergh.. Selamat tinggal 2011..tentunya anda mempunyai pelbagai kenangan sepanjang 2011. Termasuk aku...muahaaa.. kenangan paling best .. aku dinaikkan pangkat, berjaya memandu kereta auto, menyampaikan ilmu kepada orang, dapat anak saudara, diberi kesihatan yang baik termasuk keluarga ku, murah  rezeki...paling tak best ...ermmm kena marah dengan boss...muahhaaa... tapi tak pe ..apa yang terjadi ada hikmahnya. Aku bersyukur...dengan apa yang aku miliki dan aku berdoa kepada Allah semoga perjalanan karier aku semakin kukuh dan meningkat, diberi kesihatan yang baik, keluarga yang semakin bahagia, projek rumah untuk keluarga aku berjaya,...hmm may be berjumpa dengan prince charming ..(hensem, berbudi bahasa, pendapatan tetap dan lebih dari aku, dapat menerima aku seadanya ...amboi tingginya permintaan..) dan lagi satu BONUS tahun ini harap lagi banyak ler dari tahun 2011. Amin.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...