Tuesday, May 13, 2014

BAD NEIGHBOURS

Bad neighbour...kalau tengok poster nampak macam Zac Effron yang macam jahat. Jirannya...sebuah famili terdiri dari sepasang suami isteri dan anak perempuan berusia 6 bulan. Lepas CikHan menonton filem ni...ha ha sebenarnya dua-dua tak nak mengalah. Ceritanya direct sahaja...tetapi memang patut la diklasifikasi untuk 18 tahun ke atas...perkataan f#$&, d÷$# ..dan adegan-adegan yang #&$^$ memang tak terkira la. Tetapi yang bestnya..strategi nak melawan sesama jiran la. Dan yang CikHan tak lupa adegan Mac nak melompat tetapi terkena kipas ..rasa satu panggung menjerit ouchh... so kesimpulannya...biasa je citer ni dan tak boring untuk ditonton.

THE OTHER WOMAN

Siapa sangka girlfriend suami menjadi kawan baik kepada si isteri. Memang pada mulanya rasa tidak puas hati berlaku. Si girlfriend ingatkan boyfriendnya lelaki bujang. Si isteri pula terlalu mempercayai suaminya yang sebenarnya memang ada perancangan untuk mengaut kekayaan dan menjadikan isterinya kambing hitam. Pertemuan girlfriend dan isteri akhirnya berjaya menghidu niat jahat si suami. Dan pada masa yang sama si suami ada girlfriend yang jauh lebih muda, seksi daripada kedua-duanya. Maka bermulalah episod terbina ikatan persahabatan dan rancangan untuk mengenakan si suami. Pendapat CikHan, The Other Woman ada cerita yang menarik dengan plot yang ringkas dan mudah difahami di samping dialog yang kekadang membuat anda tetiba ketawa. Memang best. So, filem ni last week CikHan tonton...dan hari ni nak menonton BAD NEIGHBOUR. Dengar cerita ni box office di US...ok...bye.

Sunday, April 27, 2014

SUNDAY DISCOVERY

Wah..hari ni bersemangat nak pergi Pesta Buku di PWTC. Pepagi lagi dah bangun menuju ke stesen ERL Putrajaya. Transit di Bandar Tasik Selatan..ambil LRT menuju ke PWTC. Masih awal tetapi dah ramai orang di sana. Ruang legar jer dah ada pameran...dan Terus menuju ke kawasan paling atas...yang banyak buku-buku ilmiah untuk pelajar U. Kemuadian, turun tingkat seterusnya...argh orang dah ramai. Suasana untuk mencari buku sudah rasa tiada kententeraman. Memang lain perasaannya bila mencari buku di kedai buku. Rasa pening...dan terus menuju ke stesen LRT. Berhenti di Masjid Jamek...tukar LRT ke KL Sentral untuk makan tengah hari. Masa on the way ke KLIA TRANSIT..ternampak esclator ke NU Sentral...a new shopping complex..wow nampak benar dah lama tak ke KL SENTRAL..so cuci mata jap. Masih banyak lot kosong. Ada PARKSON, MPH, FISH MANHATTAN, MCD dan masa tengok map...ada GSC CINEMA. Pergh untung ler...

Friday, April 25, 2014

MASTER'S SUN

Good morning. Feeling great today...I have a very very deep sleep. I guess I slept well last night after watched final episode of Master's Sun for second time. Like I said before this drama introduced So Ji Sub to me. Ok guy..needs to wake up and get ready to go work..have a nice day!

Sunday, April 20, 2014

SO JI SUB - GREAT ACTOR

Another my favourite hero. So Ji Sub. And thank you Master's Sun for introduce this guy to me. GREAT ACTOR. Like Hyun Bin, I search every drama and I have been watched Ghost. Awesome.Now, currently going to watch Road No. 1. Hope for his new drama this year..

Sunday, March 9, 2014

DOA UNTUK MH370


Bila terdengar berita kehilangan MH370, CikHan rasa tersebak. Tahun lepas, CikHan kali pertama menaiki kapal terbang ke Seoul. MH60. CikHan cuba merasa perasaan jika CikHan salah seorang daripada penumpang MH370. Tak dapat bayangkan. Dan sejak kehilangan MH370 ni, pelbagai andaian malah ada yang buat lawak bodoh. Ada yang mengaitkan sebagai bala..ada yang kaitkan dengan mainan politik. Apa la diaorang ni... sepatutnya doakan untuk krew dan penumpang MH370..supaya mereka selamat. Anggap ini adalah ujian daripada Allah s.w.t untuk kita. Pray for MH370..

Monday, March 3, 2014

MY FAVOURITE - DAGING GORENG SAWI

Yummy
Salam semua..ho ho sejak dua menjak ni rajin lak CikHan memasak. Mungkin dah boring makan masakan kedai. So, semalam sempatlah memasak my favourite.. Daging Goreng Sawi. Perghh..makan dengan nasi..terangkat. Resepinya..senang ajer...

Maaf yer..kuantiti nih semuanya main agak2 jer...antara bahan-bahan digunakan:

  • 300g Daging lembu (Kalau boleh beli daging tempatan sebab manisnya itu memberi keenakan)
  • 1-2 ulas bawang putih (erkk ulas rasanya...ulas yang kecil-kecil tuh)
  • 3 ulas bawang merah
  • 1 inci halia
  • Seikat sawi (ataupun Bok Choy ..sawi pendek)
  • Garam secukup rasa
  • Air secukupnya (ikut lah..kalau nak banyak kuah..banyaklah air yang diperlukan)

Cara-cara:
  • Potong daging, basuh dan toskan.
  • Kupas bawang putih, bawang merah dan halia. Tumbuk hingga lumat atau pun cincang pun boleh.
  • Potong sawi.
  • Panaskan minyak dalam kuali...cukup untuk menumis.
  • Tumis bawang putih, bawang merah dan halia sehingga naik bau.
  • Masukkan daging dan gorengkan sekejap.
  • Tambahkan air secukupnya. Bergantung kepada keperluan masing-masing.
  • Biarkan sehingga mendidih dan daging telah lembut.
  • Masukkan sawi dan garam secukup rasa.
  • Kacau dan jangan lama sangat. Kalau CikHan suka sawi masih ranggup lagi.
Haaa.. mudahkan. Kalau nak pedas..bolehlah letak cili padi yang dihiris. Makan dengan nasi. Terangkat. Oklah untuk hari ini....take care.

Sunday, February 23, 2014

MAKARONI GORENG

Tetiba hari ni CikHan teringin nak makan makanan masakan sendiri. Ye la selalu sangat makan masakan kedai. Dah boring lak. Ingatkan nak makan nasi berlaukkan daging kentang bersambal...tapi dok pi hypermarket tadi tak dapat lak cari daging tempatan. Daging import ni CikHan tak berapa gemar..tak manis macam daging tempatan. Minta maaf la..sebab dari kecil dibesarkan dengan daging tempatan.

So bila balik rumah..tengok je la kat dapur yang ada..sos bolognaise ada lagi..macaroni ada...daging cincang ada....dan lobak merah pun ada...tetiba dapat idea wat makaroni goreng. Ok la..nih sambung tengok tv Running Man kat TV2...astro decoder wat hal...ok..bye

Thursday, February 20, 2014

KOLEKSI GAMBAR DI FOUR SEASONS GARDEN EVERLAND DAN ...

Ok..malam ni kita sambung semula memaparkan koleksi gambar yang CikHan ambil semasa berjalan-jalan di Everland... Everland ni taman tema...and memang luas...ada zoo..ada permainan...dan macam-macam lagi. Tapi CikHan paling banyak menghabis masa di 4 Seasons Garden..hmm tapi selain tu ada gambar di Pulau Nami gak dan juga beberapa tempat lain...ok la enjoy

Nih kat tempat we all dok pakai hanbok

Yang ni kat ceramic centre...tengah tunggu bas

Ceramic centre

Pulau Nami

Pulau Nami gak

Pulau Nami

4 Seasons Garden Everland

Everland

Rose Garden di Everland

Cantik

Yellow...

Red rose

Wednesday, February 19, 2014

TRIP TO KOREA - TAHUN 2013 : AKU DI NAMI ISLAND

Salam semua...hmm patutnya dah lama CikHan post gambar-gambar ini tapi tak berkesempatan. Kalau berkesempatan nak berblog pun...malas nak ambil hard disk untuk download gambar. So hari ni tetiba semangat nak post gambar di Nami Island... haa,,macam biasa ler..gambar pemandangan jer ..sebab CikHan di belakang kamera...yes...I am Nikon... Hope enjoy..and nih masa CikHan pergi pun musim bunga dah nak berakhir...

Pintu masuk nak naik bot ke Pulau Nami

Snap...sambil tunggu bot

Waktu kami pergi memang cuti public kat Seoul ..so ramai ler orang

Nice view

Cer tengok...bendera Malaysia

Nih bukan bot kami tunggu

Ok dah sampai...

Colours of trees

Merah dalam hijau

Bayangkan penuh salji...memang Winter Sonata

Ada bendera Malaysia masa nak naik bot waktu balik

Friday, January 31, 2014

HAPPY CHINESE NEW YEAR

Selain daripada Hari Raya Puasa...Tahun Baru Cina merupakan hari cuti yang ditunggu-tunggu...yo la cuti panjang...sape yang keje KL...lagi la best xtra 1 hari sempena Hari Wilayah.

Tapi CikHan hari ni kena kerja. Huhu..berkhidmat demi negara. Terpakso lah dah keje macam ni. Ni tengah dok pantau air sungai jer la. Cuaca hari ni boleh tahan panasnya. Cair dibuatnya.

Anyway...enjoy your holiday...

Sunday, January 12, 2014

SUDAH TAHUN 2014

Happy new year uolss.. Sorry la...lama tak kemas kini blog. Tak berapa sihat...dan finally I got my first mc for this year. Bertahun-tahun rekod mc ZERO but dah sakit...tak payah lah nak tunjuk kuat. Macam mana nak buat kerja kalau badan tak sihat. So berehat untuk pulihkan badan.

Sakit ni bukan demam ke apa..tetapi berkaitan dengan perempuan. Tu la..memang sukar bergelar seorang wanita. Apabila stress...emosi terganggu...hormon kacau bilau dan kehilangan darah yang banyak..akhirnya kurang darah merah...anemia...semput dan pening..

So hari ni jejalan sambil menenangkan fikiran dengan Miss L. Tak jauh mana pun cuma Mid Valley dan Garden. So deco sempena CNY tahun ni...sila lihat di bawah. Tapi paling best deco di Garden lagi menarik. Klasik dan ramai juga la berposing tadi...ok la...enjoy...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...