Tuesday, December 27, 2011

APA YANG TERJADI .. ADA HIKMAHNYA

Apa yang terjadi ada hikmahnya. InsyaAllah..nasihat aku untuk diri sendiri supaya lebih sabar dalam menghadapi dugaan ini. Mungkin dugaan ini adalah cabaran atau pun motivasi untuk aku lebih berusaha dalam menjadikan diri ini lebih berkarisma dalam melakukan kerja harian. Hari ni cabaran makin bertambah. Sekali lagi aku dipersalahkan dengan benda-benda yang orang lain buat dan aku turut dipersalahkan. Aku terima. Tetapi kali ini aku akan pastikan pendapat aku didengari sebelum mereka-mereka mengambil keputusan dalam sesuatu kerja yang melibatkan aku. Tu la..dalam situasi ini aku rasa semuanya bersalah termasuk aku...dan tiba-tiba aku teringat satu kisah tentang Everybody, Somebody, Anybody and Nobody..

This is a little story about four people named Everybody, Somebody, Anybody, and Nobody.
There was an important job to be done and 
Everybody was sure that Somebody would do it.
Anybody could have done it, but Nobody did it.
Somebody got angry about that because it was Everybody's job.
Everybody thought that Anybody could do it, but Nobody realized that Everybody wouldn't do it.
It ended up that Everybody blamed Somebody when Nobody did what Anybody could have done 

Hmm rasanya sama jer dalam situasi dalam kes aku ni. Tapi tak pe la..may be ini wake up call untuk aku.... 

Sunday, December 18, 2011

MISTERI KEHILANGAN TERBONGKAR

Ariff Alfian ..pelajar tajaan Petronas yang dikatakan hilang di Dublin akhirnya dijumpai tetapi dengan berita yang mengecewakan ibubapanya. Lapan kali ibubapanya berulang ke Dublin mencari anaknya tetapi tidak berjumpa. Entah macam mana, terdapat pula gambar anaknya yang melakukan perkara yang tidak sepatutnya bertebaran di Internet. Tetapi masih ada persoalan..bagaimana gambar itu bukan gambar Arif. Kalau benar itu adalah Arif, kisah ini harus kita jadikan sempadan. Nasihatku kepada adik-adik yang dapat melanjutkan pelajaran ke luar negara, jangan sia-siakan harapan ibubapa anda, penaja anda dan harapan negara dengan melakukan perkara yang sepatut anda jauhkan. Anda semua seharusnya kuat dari segi mental, iman dalam menghadapi kehidupan di luar sana yang sangat mencabar dan juga penuh dengan kejutan bahaya. Ingatlah, penat ibubapa kita membesar dan mendidik kita agar menjadi insan berguna. 

Kepada keluarga Ariff, bersabar dan ini adalah ujian amat berat yang anda harus tempuhi. Sentiasa berdoa agar Ariff dibuka pintu hatinya menerima hidayah dan kembali ke pangkal jalan. Jika dia berhubung dengan anda, jangan marah. Nasihat. 

Kepada Ariff, kembalilah ke pangkal jalan. Ingatlah kembali keluarga anda dan beban mereka yang terpaksa menanggung pembayaran balik pinjaman anda kepada penaja. Ingat kembali kepada rukun Islam dan rukun iman. 

Kepada umat Islam, marilah kita bersama berdoa agar Ariff kembali ke jalan yang diredhai oleh Allah. Janganlah kita membiarkannya terjerumus.

Thursday, December 1, 2011

ALANGKAH SERONOKNYA

Alangkah seronoknya kalau hari-hari macam ini. Duduk rumah rileks tenangkan diri dan pinggirkan diri daripada sebahagian beban kerja di pejabat. Ye..sebahagian...sebab aku bercuti ni sebenarnya untuk menyiapkan kerja yang dah lama tertangguh sebab apabila aku di pejabat aku tak dapat nak tumpukan kepada kerja ini. Pendek kata kerja ini memerlukan tumpuan dan suasana yang tidak hiruk-piruk dan tiada arahan kerja yang beri pagi petang nak...aneh kan? Well nak buat macam mana ..dah tugas tetap aku terima dengan hati terbuka...

Minggu lepas juga, aku dah naik pangkat..secara rasminya .. Mak Long. Ha ha dapat anak saudara yang pertama. Sebelum ini pun memang ada anak saudara tetapi semuanya yang jauh..anak sepupu la..anak dua pupu la.. dan kali ini alhamdulillah...anak adik aku. Seronok..hari itu balik kampung terus pergi hospital Temerloh.. hmm nasib baik warna kulit ikut mamanya...mata ikut adik aku...

So hari ini...aku masih belum memulakan kerja yang sepatutnya aku lakukan. Sepatutnya semalam tetapi terpaksa kemas rumah...sebab dah macam tongkang pecah. ..hari ini macam malas gak...help me..

Wednesday, November 23, 2011

PERCUTIAN SINGKAT KE PORT DICKSON

Petang Jumaat, aku terima sms daripada sahabat. "Jom pi PD esok". Aku terus membalas tanpa fikir panjang "Ok tapi book hotel dulu, kalau tak ada yang tido kat tepi pantai". Disebabkan hari Sabtu aku masih bekerja, maka kami bertolak dalam jam 2 petang. Sampai PD dalam jam 4 petang. Singgah di R&R Seremban..makan-makan. 

Hotel budget jer...so tak de le view pantai. Tingkap pun tak de...nasib baik cuma untuk tido jer. Petang tuh juga kita orang ke Teluk Kemang...Pantai Negeri...dan malam diakhiri makan ikan bakar. Memang aku rasa rileks..tak yah nak fikir kerja yang berlambak...dengar ombak jer dah rasa best...aku pun apa lagi..bawa kamera DLSR dan kompak sekali...so layanzzz


























Tuesday, November 22, 2011

TAHNIAH...PASUKAN BOLA SEPAK MALAYSIA

Tahniah dan syabas kepada Pasukan Bola Sepak Malaysia...kerana telah berjaya memenangi pingat emas Sukan Sea kali ini. Bukan mudah untuk bermain ketika berhadapan dengan sorakan padu dari penyokong tuan rumah. Tetapi anda semua telah buktikan..anda semua mampu menangkis semua sorakan yang kurang enak dan fokus untuk memenangi pingat ini... AUM...Tahniah... di atas bermain sebagai satu PASUKAN...

Thursday, November 17, 2011

AKU DAN KAMERA KOMPAK

Kamera DLSR memang best tapi tak boleh nak bawa selalu. Boleh dibawa jika memang ada tujuan nak bergambar. Nak bawa selalu susah ..besar dan sebab harga yang MAHAL...kenalah berhati-hati apabila membawanya. So, aku memang ada spare kamera..kamera kompak. Nikon gak..kamera ni memang sentiasa dalam beg atau poket. Layan jer la gambar yang aku ambil dengan kamera kompak ...

























PANDUAN UNTUK KEHIDUPAN YANG SEMPURNA

Hi semua...sebenarnya dah lama nak kongsikan email yang aku dapat ini. Seorang teman yang menghantarnya. Dan juga diharap panduan ini dapat dipraktikkan dan dikongsikan pengetahuan ini dengan orang-orang yang anda sayang, orang-orang yang anda pernah bersekolah bersama, orang-orang yang anda luangkan masa bersama, orang-orang yang anda bekerja bersama dan orang-orang yang tinggal bersama anda. Ianya bukan sahaja dapat memperbaiki kehidupan anda, juga orang-orang di sekeliling anda. 

Panduan ini diolah daripada surat 'Guide to A Better Life' yang ditulis oleh seorang pesakit kanser kepada keluarganya. Insan yang tidak diketahui nama telah mengubahsuai untuk dikongsi bersama pembaca yang lain.

Personaliti  
  • Jangan membandingkan kehidupan anda dengan orang lain.   Anda tak tahu bagaimana perjalanan hidup mereka yang sebenarnya.
  • Jangan ada perasaan negatif   pada perkara-perkara yang tidak dapat anda kawal. Tanamkan semangat positif di dalam kehidupan anda hari ini
  • Jangan berlebihan, tetapkan had
  • Jangan terlalu serius, tiada siapa yang serius
  • Jangan bazirkan tenaga dengan ber’gossip’
  • Bermimpilah ketika anda berjaga
  • Mengagumi cuma membuang masa. Anda sudah ada apa yang anda perlukan
  • Lupakan kisah yang lama.   Jangan ingatkan pasangan anda tentang kesilapan beliau di masa lampau. Ia cuma akan merosakkan kebahagiaan anda sekarang
  • Hidup terlalu pendek untuk membuang masa membenci sesiapa. Jadi jangan membenci sesiapa
  • Berdamailah dengan masa lalu supaya ia tidak merosakkan hari ini
  • Tiada siapa yang dapat mengawal kebahagiaan anda kecuali anda sendiri
  • Sedarlah bahawa kehidupan ini adalah umpama sekolah dan anda berada di sini untuk belajar. Masalah yang muncul seumpama ko kurikulum dan akan menghilang seperti kelas algebra tetapi akan menjadi pembelajaran yang anda akan ingat sepanjang hayat
  • Lebihkan senyum dan ketawa
  • Anda tidak perlu menang dalam pertelingkahan. Setuju untuk bersetuju 
        Komuniti
  • Kerap menelefon ahli keluarga
  • Setiap hari berikan sesuatu yang terbaik untuk orang lain
  • Maafkan semua orang untuk segala galanya
  • Luangkan lebih banyak masa dengan seseorang yang berusia 70 tahun ke atas dan bawah 6 tahun
  • Cuba buatkan sekurang kurangnya 3 orang tersenyum setiap hari
  • Apa yang orang lain fikir tentang anda bukan masalah anda
  • Pekerjaan anda tidak akan menjaga anda apabila anda sakit. Tapi keluarga dan kawan-kawan yang akan menjaga anda. Jadi sentiasa berhubung dengan mereka

        Kehidupan
  • Letakkan Allah dalam apa jua yang anda fikir, cakap dan akan lakukan
  • Allah akan mengubati segala galanya
  • Buat perkara yang betul
  • Bagaimana buruk atau baiknya sesuatu situasi itu, ia pasti akan berubah
  • Walau bagaimana anda rasa, anda masih perlu bangun, siapkan diri dan bersedia
  • Yang terbaik masih belum tiba, tetapi akan tiba
  • Hapuskan perkara-perkara yang tidak berguna, tidak cantik dan tidak menggembirakan
  • Bila anda terjaga di pagi hari, berterima kasihlah kepada Allah
  • Kalau anda dekat dengan Allah, anda akan sentiasa gembira. Jadi, gembiralah

Saturday, October 15, 2011

ERR..MACAM TU JE KER ENDING TAHAJJUD CINTA?

Semalam..aku menonton episod akhir Tahajjud Cinta. Tetapi aku bukan ler peminat tegar cerita ini walaupun aku tahu jalan ceritanya amat baik. Mula-mula dulu memang aku tengok episod permulaan tetapi lepas tu macam malas sebab malas untuk aku merasa sakit hati...memang hebat lakonan Eman Manan sampai aku rasa menyampah menengok wataknya yang menggunakan Islam sebagai topeng. Maka ..aku tak menonton ler pertengahan cerita..tau-tau..Seri nikah ngan Ustaz. Dan semalam nak tengok gak ler balasan kepada Ustaz...tapi errr...hmm nak kata macam tergantung tak juga sebab orang-orang kampung dah jadi saksi melihat Ustaz bersama Suraya... so may be Erma nak kita fikir sendiri apakah hukuman yang dikenakan pada Ustaz Shauki..atau pun akan ada kah Tahajjud Cinta 2 ermmm.. So sebenar apa pengakhiran yang korang jangkakan? Aku ingatkan Seri bangkit dan melawan Ustaz berlandaskan undang-undang...mempertahankan haknya dan juga madu-madunya dibantu dengan kawannya, Citra...apa-apa pun aku memang tabik ler lakonan Neelofa...menggoda habis.

Tuesday, October 11, 2011

JAGA SI COMEL

Minggu lepas..si comel, Meow mula suka baring menyempit dengan aku. Lepas tu monyok jer.. makan pun tak selera. Hari sabtu, dia mula marah bila usik dia. Lebih-lebih lagi pegang bahagian mulut bila nak sapu air liur dia. Risau. Ye la walaupun kucing tapi dia lah manja aku. Pernah sekali dia sembunyi selama 1 jam...masa tu aku ingat dia dah lari dari rumah masa ada orang hantar perabot. Masa tuh ..aku nangis bagai nak rak...so mana tak sedih...dari kecil aku bela...ni dah 4 tahun..

Makan tak selera...yang lalu cuma air susu jer. Ingat nak hantar klinik...tapi teringat petua mak... maklumlah kucing kampung...mak aku banyak petuanya. Mak aku guna air kelapa...basahkan badan dan kepala dengan air kelapa dan lepas tuh bagi minum sesudu dua. Kemudian, aku pi cari 2-3 jenis rumput..nasib baik ada antara yang dia makan. Masa aku kat kampung dulu, aku selalu tengok kucing makan rumput. Alhamdulillah, keesokannya, Meow mula makan dan nampak sihat. Sambil tu, aku tak lupa berdoa agar Meow cepat sembuh..

Monday, October 3, 2011

BAIK KE MELUAH PERASAAN DI FB?

FB atau Facebook...memang jadi kegilaan zaman sekarang ni. Dulu orang suka email-email...tapi sekarang FB lagi senang. Memang seronok kan. Masa aku mula masuk FB...macam tak de apa sangat. Al maklumlah..masa tuh belum popular lagi. So, kawan-kawan pun tak ramai yang join. Makanya, aku saje add je orang-orang yang ada dalam FB. Game pun masa tuh tak banyak. Tapi makin lama makin banyak game...ha ha mula-mula aku giler main game Farmtown. Masa tuh, Farmville baru nak hidup..lepas tuh dah ramai kekawan join FB. Dapatler jumpa balik kekawan yang dah lama tak jumpa...kerana FB gak ler kami sempat buat gathering ... FB ni dikenalkan kepada aku oleh Mr N.. tapi sekarang Mr N dah clearkan FB dia termasukler aku dibuang sekali...ahaks.. ye le dah married kan...tak sesuai gitew.

FB makin menular...dan di pejabat pun ramai yang leka dok FB. Sampai ada jabatan atau syarikat memang banned FB nih...tu la memang patut pun... sure semua marah kat ayat aku ni.. Aku pun FB gak tapi tak de ler nak online waktu keja. Cuma waktu rehat tuh ada ler menjengah kejap jer...

Lagi satu ada yang meluah perasaan ..tapi aku bukan kata TAK BOLEH. Tapi kenalah pandai-pandai ...jaga hati orang...kalau pasal keje tuh..jangan ler luah-luah sangat...BOS tengok beb! Silap-silap leh kena BUANG KERJA...hmm 

Apa-apa pun terpulang kepada korang semua. Aku cuma NASIHAT....korang yang buat pilihan...kan..kan...

Sunday, October 2, 2011

SHOW ME THE MONEY

Wah tentu kamu semua ingat tagline SHOW ME THE MONEY. Haaa..itu la citer
Haaa...Jerry Maguire ..memang dah lama citer ni..lebih sepuluh tahun. Tapi tadi baru jer menontonnyer sekali lagi dan kali ini dengan penuh penghayatan. Memang best giler...bertambah best sebab Tom Cruise yang berlakon. Pada adik-adik yang masih kecik lagi semasa citer ni ditayangkan...sila la menonton yer...citer ni membuat air mata akak menitis... tak abis ngan citer ni...air mata menitis lagi bila menonton citer Anak Rintih...arghh syahdu gitew...

KENAPA MALAS????

Dua tiga hari ini...I so malas. Tak tau puncanya. Suddenly, I miss bulan Ramadhan. Masa bulan puasa, betapa rajinnya aku...berdisiplinnya aku..bab makan, masa dan segalanya. Masuk jer Syawal..argh makan tanpa henti. Sia-sia ajer pengorbanan aku yang telah berjaya 5 kg...lepas raya maunyer naik banyak kg :(. Godaan terlalu banyak ..dengan jemputan rumah terbuka...dan lately nih macam malas bersenam. Fokus kepada kerja pun kureng. Banyak kerja dan planning sikit punya cantik...tapi tak juga ikut.. KEMALASAN melanda. Aduhai..macam mana nak buat nih...hmm tu ler..tengah mencari arah tujuan yang semakin hilang....

Monday, September 26, 2011

APA IMPIAN ANDA

Apa impian anda? Tu la kan...sebenarnya kita sendiri tidak jelas dengan impian kita. Aku sendiri masih tercari-cari apa impian aku sebenarnya. Apabila dah tau impian, berani atau tidak kita berusaha mencapainya. Masa sekolah rendah, impian aku nak masuk universiti. Hmm..alhamdulillah...semasa di universiti, impian aku nak dapat kerja yang gaji lumayan... ok sekarang aku dah hampir lah kan walaupun gaji aku hanya cukup pakai makan dan bagi sikit kat mak. 

Dah hampir sebelas tahun kerja, aku mula renung kembali apa impian aku. Impian aku nak jadi kaya? Huh apa yang ditakrifkan sebagai kaya? Aku ingat nak berjinak dengan fotografi...tetapi kekangan masa dan kewangan. Ye la kan nak beli lense kamera punya lerr mahal...ribu-ribu... Kemudian aku terfikir...apa yang aku nak buat bila dah pencen. Harapkan duit EPF ...mungkin RM100,000 sekarang tidak sama RM100,000 dalam 20 tahun akan datang. Impian aku ... agar aku dapat menyara kehidupan aku semasa tua nanti...maknanya..aku kena ada sumber kewangan yang teguh, tubuh badan yang sihat dan,,,apa lagi...argh...aku masih belum jumpa impian aku...

Friday, September 9, 2011

AIR MATA KU MENITIS


Sedih dan sayu...walaupun aku tidak nampak secara visual...tetapi mendengar cerita sahaja telah membuat air mata aku menitis. Kenapa tergamak manusia ini...sanggup berlaku kejam. Kerana wang...semuanya sanggup. Malah ada yang sinis mengatakan apa yang nak dihairankan..kucing aje. Arghh..tak faham aku. Apa-apa pun kena ingat...haiwan ini juga makhluk Allah...yang dicipta untuk menetap di bumi ini. Namun, haiwan ini tidak mampu mengatakan apa yang mereka rasa dalam bahasa yang kita fahami. Sebab itu la, kita manusia ini berani buat apa sahaja sampai kadang kala rasa bangga .. sanggup menindaskan hak makhluk lain untuk hidup di bumi ini..

Kepada insan-insan yang telah berusaha menyelamatkan kucing-kucing ini...aku ucapkan syabas..dan Insya Allah..anda semua akan diberkati. Pada manusia yang berlaku kejam...ingatlah...anda juga akan mendapat balasan satu hari nanti..

Thursday, September 8, 2011

HAPPY BIRTHDAY ........


HAPPY BIRTHDAY......to me. Jangan marah sebab I wish kat diri I sendiri. Another year older huh..berapa? Hmm ..biarlah rahsia. Agaknya ..sape lagi yang sambut hari jadi seangkatan dengan I...Alecia Beth Moore atau lebih dikenali sebagai Pink. Hmm..ramai lagi yang lain tapi tak kenal....

Anyway, alhamdulillah...dan harapan semoga murah rezeki..sihat sentiasa dan panjang umur.....Amin

Monday, September 5, 2011

MAKAN TAK INGAT DUNIA

Salam semua...apa khabar hari ini? Hmm sudah mulai bekerja atau masih lagi cuti raya? Kepada yang telah bekerja..selamat kembali. Dan kepada yang masih bercuti...selamat bercuti. Hari ini ..hari Isnin. Dah tentu aku kena pergi kerja walaupun pagi tadi macam liat sikit nak bangun. Pagiku diceriakan dengan memasak nasi goreng berlada....memandangkan nasi malam tadi masih banyak. Nasi goreng ...pun banyak..so aku tinggalkan setengah untuk makan tengahari nanti memandangkan mungkin tuan kedai makan di kawasan ini masih bercuti.

Sampai di pejabat, aku membancuh secawan kopi O. Dan, member aku Miss F pula membawa nasi impit kuah kacang dan rendang. Arghh my favourite..how I can say NO...dah ler tengah rasa memang nak makan nasi impit kuah kacang sesangat. Apa lagi, sepinggan nasi impit kuah kacang jadi hidangan jam 10.00 pagi.

Khusyuk sangat dok buat keja...dah masa rehat. Ambil kunci kereta dan terus balik rumah...jangan jeles..memang rumah aku dekat dengan opis... Nasi goreng ..jadi santapan tengahari. Jam dah hampir pukul 2..terpaksa ler aku menutup TV yang ketika itu dok menayang citer Prebet Jamilah 2...sebelum ke kereta..sempat singgah di kedai..beli ais krim. Mak cik kedai siap promote kuih-kuih yang dijual..tetapi masih kuat iman di dada...sampai opis..ais krim aku korbankan.

Again dalam jam 2.30...baki nasi impit masih ada lagi...hmm aku tolong abiskan. Ditambah pulak kuih raya, kacang, kerepek...arghhhhhhhh ..abis. Kerisauan melanda..nasib baik selepas waktu pejabat ada orang ajak main ping pong...layan.

Maka, dinner aku malam ini...sandwhich telur sahaja + telur rebus sebiji. Insaf....sebab balik tadi timbang berat macam naik 1 kg...

Sunday, September 4, 2011

SELAMAT KEMBALI

Wah hari ini, ramai yang akan pulang ke rumah masing-masing setelah seminggu bercuti raya. Dan tentunya jalanraya dan lebuhraya sesak. Malah ada yang mengambil cuti sehingga esok untuk mengelakkan kesesakan. Tetapi selalunya, jika dilhat trend...hari Isnin memang selalu jem...agaknya ramai yang pulang dari kampung terus masuk pejabat. LLMinfotrafik juga melaporkan kesesakan bermula awal pagi..jam 2 pagi di sekitar tol Bentong..fuh..

Disebabkan takut turut terjebak dalam kesesakan jalanraya menyebabkan saya malas nak ke Mid Valley. Dah tentu jalanraya sibuk menerima warganya yang kembali ke KL dan juga yang sibuk beraya sana-sini. Makanya, pagi ini, saya meluangkan masa bersenam di Lake Valley. Dan sungguh tak sangka ..Lake Valley telah lengkap satu pusingan untuk laluan pelawat. Ramai juga yang berjogging hari ini.




Lepas itu, destinasi seterusnya Tesco Kajang...ermmm sampai sana baru tau Tesco dah jadi Tesco Extra. Wah..banyak yang telah berubah. Nak sarapan...satu kedai pun tak buka lagi..awal giler..belum jam 8.30 pagi dah sampai sana. Apa lagi..jalan-jalan sambil menikmati pemandangan baru di Tesco Extra. Al maklum dah lama saya tak ke sana. 

Sampai rumah...apa lagi terpaksa memulakan misi mengemas. Sebelum balik kampung tak sempat nak mengemas. Banyak sungguh kerja hari ini. ..penat...

Saturday, September 3, 2011

TEMPAT JATUH LAGI DIKENANG

Hari Jumaat lalu, seorang teman yang telah pun lama berhijrah bidang datang melawat kami. Tu lah..ingat juga dia kat kita orang. Siap bawa kuih raya. Nampaknya, penghijrahannya mendatangkan kesan yang baik. Semoga berjaya dengan bidang yang dipilih. Anyway, thanks for kuih..sedap...




LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...