Monday, July 5, 2010

ARGENTINA DAN BRAZIL TEWAS

Hmmm..lepas ITALI kalah, aku macam dah malas je nak tengok bola..tapi apabila BRAZIL pun sudah melipat jersinya...aku bersemangat balik. Kenapa? Ha ha ha aku pun tak tahu kenapa...sehingga malam minggu lepas aku menghabiskan masa menonton perlawanan di antara ARGENTINA dan GERMANY. Belum pun 5 minit, GERMANY telah pun menjaringkan gol yang pertama sehingga separuh masa pertama tamat. Sambil meratah cekodok kari yang tak berapa sedap aku menyambung menonton untuk separuh masa yang berikutnya. Aku kagum melihat pertahanan GERMANY yang berjaya mengikat Messi. Tiba-tiba, aku terlelap. Aku tersedar apabila kucing aku dok mengiau...sedar-sedar GERMANY-3 dan ARGENTINA-0. Selepas tu..tiba-tiba GERMANY tambah lagi satu..hmm aku sokong GERMAN la... Jangan mare...

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...