Saturday, August 13, 2011

AKU HAIRAN

Salam Ramadhan...hari ini dah nak masuk hari ke 14 kita berpuasa. Kejap je kan...pejam celik dah 13 hari. Dah ada yang tinggal ke ? Alhamdulillah, setakat ini puasa aku masih penuh lagi. Mana yang tinggal..kalau anda wanita faham-faham sahaja la. Walaupun anda tidak berpuasa tetapi kena hormat orang yang sedang berpuasa. Jangan suka-suka makan dan minum di depan orang yang berpuasa. Dan jangan pula berbangga sibuk bertanya nak makan apa untuk lunch. 

Teringat masa zaman muda-muda dulu...ala zaman sekolah. Masa baru mencapai akil baligh, mak sentiasa berpesan...nak makan ketika uzur di bulan Ramadhan boleh...tetapi makan sembunyi la..jangan depan orang. Hormati orang yang berpuasa. Dan sampai sekarang aku masih pegang pesanan mak aku. Aku menjadi hairan apabila ada wanita tanpa segan silu makan di pejabat secara terang-terangan...aduhai... So, jika anda tidak berpuasa,,sila la hormat orang yang sedang berpuasa :)

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...