Wednesday, May 1, 2013

HAPPY LABOUR DAY...YANG PENTING CUTI

Selamat hari pekerja...yes..cuti di tengah-tengah minggu..memang cukup dinantikan. Apa kata jadikan cuti kekal...ha ha...keje Isnin, Selasa ..cuti Rabu...keje Khamis, Jumaat dan Sabtu..cuti Ahad...mmmm memang idea giler..

So apa aktiviti you all semua hari ni? CikHan ...ha ha semalam entah apa yang difikirkan ..telah berlaku satu insiden yang malu nak citer...tetapi semalam CikHan mengalami satu pengalaman baru...pengalaman kad parking hilang. Semalam, pergi ke shopping complex di Cheras...membeli barang-barang keperluan Mr. Meow..masa nak balik...kad parking entah ke mana. Kena bayar la jawabnya. RM20. Awek kat kaunter tuh memula sedang layan seorang jejaka..ha ha..punya la ramah...ok la...customer service kena lah macam tuh. Lepas jejaka tuh blah..CikHan cakap kad parking hilang..tanpa senyum dan intonasi suara yang memang tak sedap dengar..."Kena bayar RM20". CikHan bagi duit dan dia bagi borang...bagi borang jer..apa dia ingat CikHan ni bawa pen ke hulu ke hilir ker? CikHan pun minta la pen. Sepatutnya...dia boleh buat macam ni...BAGI PEN DAN BORANG DAN SAMBIL MEMBERITAHU..CIK SILA ISI BORANG NI..kan lebih baik. Haa..baru la CUSTOMER SERVICE namanya. CikHan pun isi borang...mak aii..banyak betul maklumat ..nama, ic, alamat rumah, nombor kereta, warna kereta...dan akhir sekali...kena ada sekuriti yang iring kita ke kereta. So segala urusan di kaunter selesai...En Sekuriti pun iringi lah CikHan ke kereta. CikHan pun tolak lah troli yang ada 3 beg pasir kucing (5kg setiap satu) dan makanan kucing dalam tin (85 g x 30 tin)..memang berat doowh.. Oleh kerana CikHan parking kereta di kawasan yang susah sikit nak bawa troli..so kena tinggal troli dan angkut semua barang ke kereta. Sampai berhampiran kawasan kereta, CikHan parking troli dan maklumkan En Sekuriti kereta CikHan sebelah sana...dia pun bagi kad parking kat CikHan dan terus berlalu...hmm..memanglah CikHan tak harap lah dia nak tolong pun tapi sepatutnya dia bekerja dengan well-known shopping complex membawa imej syarikat. Dia kena tunjukkan budaya prihatin..sepatutnya..dia perlu BERKATA BOLEH SAYA TOLONG  CIK BAWA BARANG KE KERETA ..kan baru lah customer tersenyum dan puas hati...nasib baiklah CikHan beli 2 shopping bag bagi nak mudahkan bawa barang ke kereta. Ermm tak tau  la kot polisi company ker..tapi kalau dah nama shopping complex company patutnya memastikan kepuasan pelanggan...

Hari ini ingatkan nak menonton Iron Man 3 tetapi tadi tengok barisan GSC panjang berjela dan tayang awal lak selling fast...so padamkan jer hasrat. Ajak member jejalan je la...dan for first time makan makanan Korea. Nih sebab masa lalu depan Dubu Dubu ternampak persembahan TVXQ pada skrin TV dalam Dubu Dubu tuh yang masuk..ha ha...

 
CikHan order Soondubu Jigae - Seafood. Emm boleh la rasanya. Tadi CikHan makan tanpa melihat instruction kat atas meja..rupanya telur kena kacau dulu..baru sedap...iskh...nampak sangat first timer...ok la..kira belajar menikmati hidangan Korea...sebab lagi dua minggu dah nak fly to find Seoul...ok la..anyway...selamat bercuti..

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...