Friday, May 24, 2013

SOUTH KOREA TRIP - SAFELY ARRIVED AT INCHEON AIRPORT

Alhamdulillah...CikHan and rombongan selamat tiba di Incheon Airport. Dengan muka yang tak mandi..he he nasib baik bawa wet tissue..lap-lap muka sikit. CikHan dengan Incheon Airport adalah lapangan terbang terbaik di dunia bagi dua tahun berturut-turut. 


Sambil berjalan ke arah kaunter imigresen, sempat lah mengambil gambar yang menarik perhatian CikHan. Antaranya 

Tempat minum air awam

Tandas memang tip top..bersih. Cuma kena bawa botol air kosong.

Pemandangan kapal terbang yang sedang siap mengambil penumpang
Masa untuk pemeriksaan imigresen..barisan untuk Passport Foreigner memang panjang. Tetapi officer di sana terus meminta kami masuk sahaja kaunter untuk Korean Passport so tak de la nak berdiri lama. Lepas tu pergi naik tren ke tempat bagasi...semuanya beratur. Pintu tren masuk hanya dibuka apabila semua orang di dalam tren telah keluar. Sampai jer tempat bagasi..there you are..my luggage already waiting for me.

Masing-masing sedang mengambil beg

Macam beg CikHan jer
Oleh kerana tak de apa nak declare...kami terus jer keluar mencari our tourist guide, Ms Yumi. Ms Yumi welcomed us and informed that we have to wait for bus at outside. Bila keluar rasa refreshing sesangat..ye le cuaca tak panas..dan ada angin bertiup..sejuk dan nyaman.

Keluar dari Incheon Airport

Hmm tak tau apa tuh..
So dalam 10 minit..bas pun sampai. Maka bermula la perjalanan lawatan kami..ok la..nanti sambung semula..bye.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...