Monday, July 25, 2011

JANGAN MARAH KALAU ORANG BUAT BODOH JER

Jangan marah kalau orang buat 'bodoh' jer dengan anda. Buat tak tau apabila anda inginkan pertolongan. Acuh tak acuh apabila anda bertanya. Kenapa tak boleh marah? Cuba anda renung dan tenung. Mungkin anda pernah berbuat demikian. Tidak mahu memberi pertolongan apabila diminta. Buat tak reti apabila orang meluahkan perasaan mereka. Bukan susah pun..cuma jadi pendengar setia. Meminta maaf dengan anda tetapi anda sebaliknya mempersendakan maaf mereka ketika bersama orang lain. Bayangkan anda juga dilayan sebegitu rupa..anda mula menarik muka masam. Terus tak bertegur sapa. Ingatlah..dunia ini hanya pinjaman dan segala apa yang anda lakukan akan dihitung kelak walaupun anda tidak pernah lalai melakukan suruhan Nya.

Kita hidup perlu saling tolong menolong tanpa mengira jawatan, bangsa, agama dan sebagainya. Permudahkan kerja orang lain...InsyaAllah..kerja anda juga akan jadi lebih mudah. Lemparkan senyuman dan berikan salam ketika bertemu terutama anda melangkah masuk ke pejabat supaya agar memberi keceriaan kepada suasana pejabat. Jika anda masam...suasana pejabat akan menjadi negatif dan kerja pun tidak produktif sebab rakan-rakan anda turut merasakan aura anda yang negatif itu. Oleh itu, lakukan kerja anda dengan ceria, ceriakan hidup rakan anda dengan membantu...walaupun hanya sekuntum senyuman...

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...