Sunday, June 3, 2012

SNOW WHITE & HUNTSMAN ..

Kredit to Wikipedia

Jika anda ingat cerita ini macam cerita Snow White yang selalu kita baca atau pun dengar...memang lain. Walaupun lain tetapi masih mengekalkan adegan yang sinonim dengan cerita Snow White seperti ibu tiri dengan cermin ajaibnya, Snow White tidak sedarkan diri kerana sebiji epal, 7 orang kerdil, Prince Charming ..tapi bukan ciuman Prince yang menyedarkan Snow White tetapi Huntsman. Rasanya inilah kali pertama CikHan menonton Charlize Theron memegang watak kejam...dan yang pasti dia kelihatan cantik dan anggun. Pemilihan Kristen Stewart sebagai Snow White memang tepat. Snow White dalam cerita ini bukan sahaja perlu kelihatan cantik tetapi lasak. Dan yang mencuri hati CikHan, Eric the Huntsman. Mula-mula tengok Eric nih masa kena tumbuk dan kena rendam..mak aii..tak de selera..tetapi personalitinya, kelakuannya semasa menjaga Snow White dalam perjalanan ke Istana Duke Hammond .. jatuh cinta pula..dan memang CikHan berharap sangat Snow White memilih Huntsman sebagai King of her heart..berbanding William, sepupu beliau semasa kecil. William pun hensem tetapi ada sesuatu yang menarik tentang Huntsman.. dan CikHan baru tahu...Eric the Huntsman dilakonkan oleh Chris Hemsworth, yang pernah memegang watak Thor...haa...patut lah macam pernah tengok. 

Selepas ayah Snow White kena bunuh dengan isteri barunya, semua alam menjadi hitam..so tiada la warna-warni...CikHan dalam hati..alamak..tetapi rupanya silap...selepas berjumpa dengan orang kerdil..wah..macam alam fantasi la...nice..ending? Hmmm...rasanya dah boleh agak kan..tetapi yang jadi tanda tanya adakah Snow White dan Huntsman bercinta???? Ha..tu kena tengok la...


No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...