Sunday, February 27, 2011

LIST TO DO BULAN MAC DAH PENUH

List to do aperr? List to do senarai kerja aku yang kian bertambah. Multiskill or matiskill ha ha..aku pun dah tak pasti. Mana nak kejar dengan urusan QMS ... mana nak kejar buat training...mana nak kejar untuk kerja-kerja kawalan proses dan R&D. Adeh...bahu aku dah terasa tegang dan sakit..dan kepala aku dah pening nak mengejar...aku bukan nak mengadu pasal kerja banyak...he he walau dalam hati aku memang nak mengadu punnn..ala..bukannya apa pun. Cuma nak release tension sikit. Kalau kiter simpan jer... parah nanti. Sape yang susah...aku jugak..

Anyway, aku anggap ini adalah cabaran yang aku perlu tempuhi...dan setiap apa yang berlaku pasti ada hikmahnya..mungkin aku jadi lebih pandai...lebih bijak dalam membuat keputusan. Siapa tahu...

Hari ini aku telah menyusun segala kerja yang aku kena buat...wuihh...sampai akhir bulan ..penuh...hmm kalau ada kerja yang terkejut-kejut..tak tau la... Allah sahaja yang Maha Mengetahui...

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...