Wednesday, October 12, 2016

WELCOME TO IKN



Aku tinggal di KPJ sehingga hari Ahad. Enam hari di KPJ. Hari Selasa berikutnya baru appointment dengan IKN. Aku masih trauma nak balik sebab takut kejadian tumpah darah berlaku lagi. Walaupun dah 4 beg darah masuk, Hb aku masih rendah dan bawah 10. Aku keluar wad hari Isnin. Aku hanya berdoa agar aku diberi kekuatan untuk meneruskan aktiviti harian.

31 Mei 2016. Hari pertama aku mendaftar di IKN. Masa tu agak kabur...mana nak pergi...macam mana nak daftar. Ikut appointment doktor Raz bagi jam 9.00 pagi. Sampai IKN sebelum jam 9.00 pagi tetapi parking dah hampir penuh. Aku pun berjalan cari pintu masuk. Masuk ke bahagian Radioterapi dan Onkologi bertanya apa yang perlu dibuat sambil tunjuk surat doktor. Aku disuruh naik ke tingkat 3 ..ke klinik Multidiscipline. Sampai sana, nurse minta aku daftar di Daftar Pesakit Luar. Fuh masa tu aku rasa macam susah sangat. Dah daftar dengan bayaran RM5, aku diberi nombor pendaftaran 0089. Aku kembali ke klinik Multidiscipline dan memberikan buku JINGGA. Duduk sambil menunggu giliran untuk dipanggil masuk. Kebetulan di sebelah aku, ada seorang aunty jadi rakan berborak. Masalahnya sama seperti aku. Pendarahan yg banyak. Ada tumor dan dia dah melakukan pembedahan buang sistem peranakan di sebuah hospital di Ipoh. Dia banyak bagi galakan dan motivasi supaya aku ambil langkah yang sama dan tiada apa yang perlu dirisaukan. Aku berasa lega.

Kemudian nama aku dipanggil untuk proses pengambilan darah, tekanan darah dan timbang berat. Huh...drastik betul berat aku turun dari 80kg kepada 65 kg dalam masa 6 bulan. Selera makan memang tak de. Kemudian aku dipanggil masuk mengadap doktor. Doktor tanya macam2 soalan. Rasa rimas pun ada sebab darah aku masih keluar. Akhirnya doktor panggil aku masuk untuk ambil sampel. Paps smear. Aduh sakitnya. Segan ada. Darah pulak keluar. Doktor cakap jangan bimbang. Pesakit macam aku ni memang berdarah katanya. Aku nak tergelak pun ada. Seluruh badan diperiksa untuk kesan sebarang bengkak di mana2. Kemudian dia ambil sampel dari rahim. Hu hu sakitnya tak tau nak cakap. Lepas selesai, doktor suruh aku masuk wad pada hari Jumaat untuk minor operation pada Isnin. Berdebar -debar pun ada. Tapi aku tawakal dan berserah pada Allah. Risau macam-macam sebab siapa nak jaga Meow bila aku masuk hospital. Tapi itu la..Allah lebih  Maha Mengetahui dan perancangan Allah adalah yang terbaik.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...