Thursday, August 12, 2010

2 RAMADHAN

Semalam menyaksikan beberapa keadaan kelam kabut dalam hidup aku. Ianya bermula 4.15 petang. Selepas aku keluar dari pejabat, aku memandu menuju ke sebuah pasaraya di Kajang. Aku fikirkan alang-alang membeli barang sambil terus ke Pasar Ramadhan di sebelahnya..macam tahun lepas. Sampai sahaja, jalan tidak sesak sangat berbanding tahun lepas memang sesak lah nak masuk ke pasaraya tersebut. Ceh...rupa-rupanya tahun ini tidak ada Pasar Ramadhan kat situ. Aku pun turun lah untuk beli barang yang aku telah rancang untuk dimasak waktu berbuka minggu ini kecuali hari semalam. Tapi banyak barang dah abis stok. Kalau ada pun yang dah macam 'hidup segan mati tak mau'. Ikan pun nampak macam tak mengiurkan. Ikan terubuk...sedap gak kalau dibakar...tapi nak bakar macam mana sebab aku tidak ada oven atau microwave. Akhirnya, aku pun membeli udang. Kemudian aku merayau-rayau mencari barang lain. Sirap kordial F&N pun tak de. Dalam hati aku berkata...mungkin aku kena kurangkan pengambilan makanan manis :).

Kemudian beratur nak buat pembayaran. Tiba giliran aku. Tet..tet..bunyi mesin cashier mengesan tanda harga. Aku ambil la barang masuk plastik. Tiba-tiba hati aku jadi panas...sebab cashier tu main tolak je makanan tin aku beli sampai keluar bunyi. Nih dah kunjungan beratus kali...baru ini aku kena. Bayangkan kalau dia tertolak kuat dan terkena tangan aku....ha..sape nak jawab. Lagi satu, tin tuh kemek...tak elok tau untuk kualiti makanan dalam tin nak simpan lama sikit. Masa tu tiba-tiba menjelma dalam fikiran aku. Kenapa aku pergi pasaraya lain, cashier yang masukkan dalam plastik walaupun barang tuh banyak. Hmm...entahlah tepuk dada tanya selera. Strategi pemasaran yang memenangi hati pelanggan...and please...sila senyum kat pelanggan anda !

Panas punya panas...aku ingatkan dah masukkan udang ke beg plastik lagi satu..bila balik jerr aku perasan udang tak de. Periksa dalam kereta tak de. Sah tertinggal dalam troli atau ??? Mungkin hari semalam bukan rezeki aku nak makan udang...atau aku kena kurangkan pengambilan makanan yang meningkatkan kolestrol...mungkin. 

Hari ini, aku harapkan lebih baik....


No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...