Monday, January 10, 2011

TOLONG INGATKAN AKU JUARA

Ha ha..terlopong semua..termasuk aku. Lagu TOLONG INGATKAN AKU ciptaan Ana Raffali dipilih sebagai JUARA LAGU untuk AJL ke 25. Masa pengacara memberi klu ketika memaklumkan juara, aku dah bajet macam Yuna tetapi itu lah rezeki orang. 

Persembahan Ana Raffali pada malam AJL25 memang out. Macam kelam kabut. Aku lebih suka dia menyanyi dengan gitarnyer itu sahaja. Tak perlu sangkar-sangkar. Persembahan terbaik pula jatuh kepada Faizal Tahir. Ok la. Vokal pula jatuh pada Hafiz. Memang suara Hafiz best. Black pun ok gak. 

Apa-apa pun tahniah kepada Ana Raffali. Lepas ini pasti orang ramai akan memperkatakan TOLONG INGATKAN AKU. Atau mungkin ramai yang akan baju kurung...I like. Tak yah le mataku nak tengok benda yang terdedah-dedah...

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...